Sunday 18 July 2021

PROJEK WAKAF SATU SET MEJA BATU DI SETIAP MASJID/SURAU BERDEKATAN SEKITAR KAMPUNG GUNONG



"PROJEK WAKAF SATU SET MEJA BATU DI SETIAP MASJID/SURAU BERDEKATAN SEKITAR KAMPUNG GUNONG"

19 Julai 2021,Gunong -  Kelab Belia Gunong melancarkan Projek Wakaf Satu Set Meja Batu di setiap Masjid/Surau berdekatan Sekitar Kampung Gunong.

Saudara Nik Mohd Asraf Bin Nik Kob selaku Ketua Penerangan Kelab Belia Gunong berkata,Projek Wakaf Satu Set Meja Batu dilancarkan bertujuan untuk mempromosikan dan menggalkan masyarakat untuk menderma.Beliau juga selaku Ketua Satria MAYC Kawasan Bachok mengharapkan lebih ramai lagi masyarakat  menjadi tangan diatas menghulurkan kepada tangan dibawah dan mengimarahkan masjid/surau apabila pandemik Covid-19 redha kelak.

Setakat ini sumbangan daripada hamba Allah telah kami salurkan ke dua buah masjid iaitu Masjid Mukim Gunong dan Masjid Mukim Tepus.Pihak kami berhasrat untuk memperluaskan lagi Projek Wakaf ini ke beberapa masjid/surau mengikut fasa dan sumbangan yang diberikan.Berikut cadangan yang akan diteruskan misi Projek 1 Set Meja Batu 1 Masjid 1 Surau.Berikut cadangan masjid dan surau :

FASA  1 :
1. Masjid Mukim Gunong
2.Masjid Mukim Tepus

FASA 2  :
3.Masjid Mukim Permatang Pasir
4. Masjid Mukim Telaga Ara

FASA 3 :

5. Masjid Haji Abdul Azziz Beoh
6.Masjid Mukim Kubang Telaga

FASA 4 :
7. Masjid Mukim Pachor
8.Masjid Mukim Keting

FASA 5 :

9. Masjid Mukim Pak Badol
10.Masjid Arrahman Bukit Temalong

FASA 6 ;
11. Surau sebelah Taman Perkuburan Depan Sk Gunung
12.Surau Belakang Taman Hamidah


Saudara Nik Mohd Asraf berkata,Projek Wakaf Meja Batu ini akan dibuat mengikut fasa dan sumbangan penyumbang.Kami sedang mencari 10 orang Penyumbang untuk 10 Set Meja Batu yang akan disalurkan ke 8 Buah Masjid dan 2 Surau.Jika perancangan ini dapat direalisasikan,pihak kami akan meneruskan Fasa 7 dan seterusnya.

Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong seperti berikut :-
03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda sumbang mohon hantar resit ke talian 011-37476596(Aziehan-Bendahari Kelab Belia Gunong)

Semoga anda semua terus dimurahi rezeki.

Terima Kasih atas sokongan anda kepada kami.

 #KelabBeliaGunong #ProjekWakafSatuMejaBatu1Masjid1Surau #BeliaGunong #BiroPeneranganKelabBeliaGunong

No comments:

Post a Comment