Thursday 27 December 2018

PERKHIDMATAN SEWA KHEMAH KELANTAN


































Kami Kelab Belia Gunong menyediakan perkhidmatan sewa khemah untuk belia dan beliawanis yang ingin sewa khemah dengan harga berpatutan.Sokongan anda amat kami perlukan bagi memperkasakan program kami 2019.Ayuh bagi sokongan penuh kepada kami...Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 0199524937(Faris)

Saturday 22 December 2018

PROGRAM BULAN DISEMBER 2019 JOM MENDERMA



JOM DERMA DAN SUMBANG BEG SEKOLAH #PROJEKBEGSEKOLAH



Berikut adalah laporan rasmi kedua dari semua focal person sehingga 21 Disember 2018.
Hanya berbaki kurang dari dua minggu sebelum sekolah dibuka dan masih banyak beg-beg yang kami perlukan untuk memenuhi permintaan anak-anak yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.
Ayuh bersama kami untuk terus memberi peluang buat mereka menggalas beg sekolah baharu sempena musim persekolahan pada tahun 2019 nanti.
Setiap senyuman tentunya membawa makna yang besar buat mereka. Sepertimana senyuman anak-anak kita yang mendapat kelengkapan baru sekolah.
Setiap beg dianggarkan pada nilai RM30. Namun anda bebas menyumbangkan apa-apa nilai kerana kami amat menghargai setiap sumbangan.
Anda boleh salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank 566010623957 di atas nama Pertubuhan Projek Beg Sekolah.
Jom, bantu kami gembirakan mereka!

JOM DERMA DAN SUMBANG BEG SEKOLAH #PROJEKBEGSEKOLAH


Ayuh bersama kami untuk terus memberi peluang buat mereka menggalas beg sekolah baharu sempena musim persekolahan pada tahun 2019 nanti.
Setiap beg dianggarkan pada nilai RM30. Namun anda bebas menyumbangkan apa-apa nilai kerana kami amat menghargai setiap sumbangan.
Anda boleh salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank 566010623957 di atas nama Pertubuhan Projek Beg Sekolah.
Ayuh, bantu kami sebarkan!
Teruskan melihat Facebook Page kami di www.facebook.com/projekbegsekolah atau Instagram kami di www.instagram.com/projekbegsekolah

JOM DERMA DAN SUMBANG BEG SEKOLAH UNTUK 2019 #PROJEKBEGSEKOLAH


Projek Beg Sekolah Musim Ke-4!
Kami kembali lagi menyerikan persediaan persekolahan buat anak-anak yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, anak-anak yatim dan anak-anak asnaf.
Setiap yang beg yang diberi akan mengukir 1,000,000 senyuman buat mereka!
Ayuh bersama kami untuk terus memberi peluang buat mereka menggalas beg sekolah baharu sempena musim persekolahan pada tahun 2019 nanti.
Setiap beg dianggarkan pada nilai RM30. Namun anda bebas menyumbangkan apa-apa nilai kerana kami amat menghargai setiap sumbangan.
Anda boleh salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank 566010623957 di atas nama Pertubuhan Projek Beg Sekolah.
Ayuh, bantu kami sebarkan!
P/s: Kami akan mengumumkan langkah-langkah untuk penyertaan sebagai sukarelawan PBS Musim-4 tidak lama lagi.
Berminat menyumbang tenaga?
Teruskan melihat Facebook Page kami di www.facebook.com/projekbegsekolah atau Instagram kami di www.instagram.com/projekbegsekolah

Thursday 13 December 2018

WAKIL KELAB BELIA GUNONG ZIARAH YB SANY HAMZAN ADUN TAMAN TEMPLER DI KPJ KAJANG


12 Disember 2018 :

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong turun ziarah YB Sany Hamzan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Taman Templer.Insya Allah yang sihat nanti kami bakal menganjurkan Pertandingan Bowling Ikatan Silaturrahim bersama YB Sany Hamzan Adun Taman Templer.Semoga YB Sany Hamzan cepat sembuh.Turut bersama Saudara Azwan selaku Exco Keusahawanan dan Ekonomi Kelab Belia Gunong.

PROGRAM MINI SANTAI BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN KELAB BELIA GUNONG



*13 DISEMBER 2018*
Saudara Muhammad Azuwan selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong santai bersama Saudara Afif Azli selaku Exco Keagamaan Dan Kerohanian Kelab Belia Gunong bagi merancang program dibawah Biro Keagamaan Dan Kerohanian bagi terus diperkasakan lagi pada tahun 2019....Semoga dipermudahkan urusan kami Untuk mendekati belia dan Beliawanis sekitar Kampung Gunong

PERTANDINGAN MUAYTHAI ONE OF NIGHT SEMPENA NATIONAL HORSE SHOW 2018


1 Disember 2018 :

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong turun memberi sokongan moral kepada Belia Gunong yang menyertai Pertandingan Muaythai One Of Night Sempena National Horse Show 2018.Wakil Anak Muda Gunong ialah Saudara Safei.Keputusan perlawanan ialah SERI..Tahniah Anak Muda.

YAB USTAZ DATO' BENTARA KANAN HAJI AHMAD BIN YAKOB MENTERI BESAR KELANTAN SINGGAH MELAWAT BOOTH KELAB BELIA GUNONG SEMPENA NATIONAL HORSE SHOW 2018



29 November 2018

Terima Kasih YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yakob,Menteri Besar Kelantan sudi singgah di Booth Kelab Belia Gunong.Disambut oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong dan Sukarelawan Kelab Belia Gunong dan Persatuan Sukan Berkuda Amatur Negeri Kelantan iaitu terdiri daripada Akademi Memandu Kist(Amkist).

NATIONAL HORSE SHOW 2018



29 November 2018 :

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong mewakili Kelab Belia Gunong bersama-sama Tengku Mahisham Tengku Mustapha menonton pertandingan Pony Race Sempena National Horse 2018 di Kg Baruh Raja Gunong Bachok Kelantan

GROUP PHOTO KELAB BELIA GUNONG BERSAMA MITAVITE MALAYSIA



29 November 2018 :

Saudara Ahmad Faris berkunjung ke hadapan booth Kelab Belia Gunong iaitu Booth Mitavite Malaysia sambil jumpa dan berbincang dengan CEO Mitavite Malaysia iaitu Greg McLaren.Saudara Ahmad Faris juga selaku Pengerusi Persatuan Sukan Berkuda Amatur Negeri Kelantan yang baru bagi penggal 2018-2020.

AHMAD FARIS YUSOF SELAKU PENGERUSI KELAB BELIA GUNONG MENYERTAI KEJOHANAN SUKAN KUDA LASAK 40KM SEMPENA NATIONAL HORSE SHOW 2018 BERSAMA KETC ENDURANCE TEAM














1 Disember 2018 : Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong menyertai Kejohanan Sukan Kuda Lasak Sempena Pertunjukan Kuda Kebangsaan 2018 di Kg Baruh Raja Gunong Bachok Kelantan.Saudara Ahmad Faris menyertai kategori 40km dengan menaiki kuda Rizqi Tawqeet dengan Kelantan Endurance Team(KETC ENDURANCE TEAM).Penunggang Ketc Endurance Team yang lain ialah Ahmad Faiz Dan Saudara Faisal.Tahniah Saudara Ahmad Faiz dan Faisal kerana berjaya menamatkan 40km.Tuan Pengerusi Kelab Belia Gunong Saudara Ahmad Faris tarik diri selepas berjaya menghabiskan 20km di pusingan pertama.Terima Kasih kepada penaja-penaja yang memberi sokongan penuh kepada tuan Pengerusi Kelab Belia Gunong iaitu Saudara Ahmad Faris dalam kejohanan ini.


Monday 10 December 2018

PROGRAM SANTAI BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN KELAB BELIA GUNONG





PROGRAM SANTAI BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN KELAB BELIA GUNONG

3 Disember 2018 

Ahli Jawatankuasa Biro Agama dan Kerohanian Kelab Belia Gunong tahun 2018-2020 mengadakan program santai bersama Encik Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong.Beberapa perbincangan dengan tuan pengerusi untuk memperkasakan Biro Agama Dan Kerohanian Kelab Belia Gunong bagi tahun 2019.Terima Kasih Tuan Pengerusi Kelab Belia Gunong kerana sudi bersama Biro Agama Dan Kerohanian Kelab Belia Gunong.