Thursday 29 April 2021

RM7,000 DIPERLUKAN UNTUK PEMBEDAHAN KPL ZUHADI


[ BULETIN KELAB BELIA GUNONG 30 APRIL 2021 ]

Bukit Temalong - Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong hari ini dapat berita bahawa KPL Zuhadi masih lagi tidak sedarkan diri.KPL Zuhadi berasal dari Bukit Temalong.

KPL Zuhadi memerlukan RM7,000 bagi menampung kos pembedahan beliau yang merangkumi memasang besi pada tangan patah,tulang pinggul dan tiub ke otak.Selain itu,KPL Zuhadi memerlukan pembedahan lubang di bahagian tengkok untuk penafasan.

Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong mengalukan kepada hamba Allah yang ingin menyalurkan sumbangan mengikut kemampuan anda boleh salurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional seperti berikut 0310929000163861(Hasniwati Binti Hashim-Isteri kepada KPL Zuhadi).KPL Zuhadi sekarang berada di HUSM Kubang Kerian Kelantan

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Hasniwati Binti Hashim merupakan Isteri kepada KPL Zuhadi ditalian 018-2893639

Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban dan sama-sama kita berdoa agar KPL Zuhadi cepat sembuh.

"Hulurkan Bantuan,Ringankan Beban Yang Memerlukan"

#BuletinKelabBeliaGunong #HulurkanBantuanRingankanBeban #KPLZuhadi #BukitTemalong

 

Monday 12 April 2021

ZIARAH RAMADHAN MAJLIS TERTINGGI DAN BEBERAPA ORANG JAWATANKUASA KELAB BELIA GUNONG






ZIARAH RAMADHAN MAJLIS TERTINGGI DAN BEBERAPA ORANG JAWATANKUASA KELAB BELIA GUNONG

Gunong - Kepimpinan tertinggi Kelab Belia Gunong mengadakan sesi Ziarah Ramadhan agihan Kurma Ramadhan kepada beberapa orang Jawatankuasa bagi memberi penghargaan kepada mereka atas sukarelawan memperkasakan program dibawah Kelab Belia Gunong sebelum ini.

Penerima kurma Ramadhan ialah Nik Ashraf selaku Ketua Penerangan Kelab Belia Gunong,Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong,Ekin selaku Penolong Setiausaha Kelab Belia Gunong,Ain Syuhada selaku Setiausaha Kelab Belia Gunong dan Hafizudin selaku Pengerusi Jawatankuasa E-Sport Kelab Belia Gunong.

Ziarah kali ini diwakili oleh kedua tokoh kepimpinan tertinggi Kelab Belia Gunong iaitu Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong dan Saudara Muhammad Azuwan Bin Mazelam selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua Belia Dan Beliawanis Seluruh Kawasan Gunong dan Seluruh Dunia.Semoga Ibadah Puasa tahun ini dapat bawa bekal kita ke akhirat sana.

#TerusBerkhidmat #KelabBeliaGunong #SelamatBerpuasa #KurmaRamadhan #KeluargaKelabBeliaGunong #MajlisTertinggi




 

Saturday 3 April 2021

JOM DAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN MyVaC DI BACHOK



Sukarelawan diperlukan untuk menyokong program penvaksinan Malaysia.
Pendaftaran MyVac (Malaysian Vaccine Volunteers Support)
kini dibuka kepada orang ramai melalui laman web https://www.myvac.com.my.
MyVAC terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Orang ramai boleh mendaftar sama ada sebagai sukarelawan am ataupun sukarelawan perubatan, dan ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negara.
Mereka juga boleh memilih lokasi dan masa mengikut kelapangan masing-masing.
Maklumat tentang MyVac boleh didapati di laman web https://www.myvac.com.my.
Harap dapat dihebahkan kepada semua rakyat Malaysia.
#kitajagakita dan marilah kita Lindungi Diri, Lindungi Semua.
Jom Daftar Sebagai Sukarelawan MyVac !!!