Thursday 29 April 2021

RM7,000 DIPERLUKAN UNTUK PEMBEDAHAN KPL ZUHADI


[ BULETIN KELAB BELIA GUNONG 30 APRIL 2021 ]

Bukit Temalong - Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong hari ini dapat berita bahawa KPL Zuhadi masih lagi tidak sedarkan diri.KPL Zuhadi berasal dari Bukit Temalong.

KPL Zuhadi memerlukan RM7,000 bagi menampung kos pembedahan beliau yang merangkumi memasang besi pada tangan patah,tulang pinggul dan tiub ke otak.Selain itu,KPL Zuhadi memerlukan pembedahan lubang di bahagian tengkok untuk penafasan.

Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong mengalukan kepada hamba Allah yang ingin menyalurkan sumbangan mengikut kemampuan anda boleh salurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional seperti berikut 0310929000163861(Hasniwati Binti Hashim-Isteri kepada KPL Zuhadi).KPL Zuhadi sekarang berada di HUSM Kubang Kerian Kelantan

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Hasniwati Binti Hashim merupakan Isteri kepada KPL Zuhadi ditalian 018-2893639

Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban dan sama-sama kita berdoa agar KPL Zuhadi cepat sembuh.

"Hulurkan Bantuan,Ringankan Beban Yang Memerlukan"

#BuletinKelabBeliaGunong #HulurkanBantuanRingankanBeban #KPLZuhadi #BukitTemalong

 

No comments:

Post a Comment