Thursday 30 December 2021

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2022

"SELAMAT  MENYAMBUT TAHUN BARU 2022"

UCAPAN DARIPADA :
JAWATANKUASA  KELAB BELIA GUNONG
2020-2022

Tuesday 30 November 2021

ZIARAH ARMALAH DAN ASNAF DI KAMPUNG PAUH BUTUT 2021

"ZIARAH ARMALAH DAN ASNAF DI KAMPUNG PAUH BUTUT 2021"
PAUH BUTUT,1 Disember 2021 - MAYC Kawasan Bachok turun ke Kampung Pauh Butut untuk mengadakan ziarah ke 2 buah rumah pemohon armalah dan asnaf.
Permohonan ini diuruskan oleh Puan Adlina.Delegasi MAYC Kawasan Bachok yang turun kali ini ialah Saudara Zulkifli Roslan selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok dan diserikan dengan kehadiran Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong.
Delegasi MAYC Kawasan Bachok yang turun ke rumah Puan NorLaila Binti Yusof(Armalah) dan Mohd Laufizailani Bin Mohd Nafi(Asnaf).
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli Kelab Belia Gunong,jom daftar sekarang.
Berminat untuk sertai Kelab Belia Gunong boleh tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada Kelab Belia Gunong untuk memperkasakan lagi program-program dibawah Kelab Belia Gunong boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama Kelab Belia Gunong seperti berikut :-
03009-41-00007418-2
(Kelab Belia Gunung)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong ditalian 011-37476596 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Kelab Belia Gunong.

 #KelabBeliaGunong #MAYCKawasanBachok

Saturday 20 November 2021

JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI KELAB BELIA GUNONG BAGI TAHUN 2022

"JOM DAFTAR SEBAGAI  AHLI KELAB BELIA GUNONG BAGI TAHUN 2022"

atau scan QR CODE sepertimana dalam poster.

1)  Syarat-syarat  untuk menjadi Ahli Kelab Belia Gunong bagi tahun 2022 seperti berikut  :
     a)  Warganegara Malaysia
     b) Berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.
     c)Tidak menjadi ahli atau memegang jawatan dalam sebarang pertubuhan belia yang lain.
     d) Sanggup mematuhi  peraturan atau perlembagaan pertubuhan belia ini pada setiap masa.

2) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah membuat pembayaran masuk dan yuran tahunan  yang pertama.

3)  Seseorang pelajar University atau Kolej Universiti boleh diterima menjadi ahli Kelab Belia Gunong.

4) Bayaran Masuk dan yuran perlu dijelaskan oleh ahli seperti berikut :-
        i ) Bayaran Masuk     : RM5.00
        ii) Yuran Tahunan      : RM3.00

Layari halaman Kelab Belia Gunong seperti berikut :-

Facebook Page : Kelab Belia Gunong
Instagram  : Kelab Belia Gunong Official
Blogspot  : https://kelabbeliagunong.blogspot.com/
Email  : kelabbeliagunong@gmail.com 

Kepada anda yang ingin bantu Kelab Belia Gunong untuk memperkasakan lagi program-program kebajikan ataupun kemasyarakatan.Boleh salurkan ke akaun bank kami seperti dibawah :-
03009-41-00007418-2
(Kelab Belia Gunung)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong ditalian 011-37476596 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Kelab Belia Gunong.

#KelabBeliaGunong
#KeluargaKelabBeliaGunong
#JomDaftarAhliKelabBeliaGunong

Friday 19 November 2021

SUKAN SEPAK TAKRAW DEKAT DIHATI GOLONGAN BELIA

"SUKAN SEPAK TAKRAW DEKAT DIHATI GOLONGAN BELIA"

DUSUN BISU,19 November 2021 - Sukan Sepak Takraw dekat dihati golongan belia.Sukan ini juga salah satu sukan yang boleh mengumpul golongan belia dalam terjebak aktiviti tidak berfaedah.

Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong berkata,beliau memberi pengharapan yang penuh keterlibatan veteran belia bersama golongan belia bagi memastikan belia tidak terjebak aktiviti tidak berfaedah.Beliau turun menyerahkan peralatan sukan "SEPAK TAKRAW" kepada tuan imam Rahim merupakan Imam Al-Madrasah As-Saadah Kampung Bukit Chenda,Gunong.

Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada Madrasah As-Saadah boleh salurkan ke akaun bank seperti berikut :-

03111010171670(Bank Islam)

Selain itu,saudara Ahmad Faris Yusof juga mengharapkan golongan belia dan beliawanis yang berumur  15 tahun hingga 30 tahun sertai Kelab Belia Gunong.1 Januari 2022 akan dikuatkuasakan akta had umur belia 2007 kepada umur 30 tahun kebawah.

Kepada anda yang ingin mendaftarkan diri anda sebagai ahli Kelab Belia Gunong 2022 yang akan dibuka kempen pendaftaran ahli Kelab Belia Gunong pada 1 Januari 2022 boleh tekan link dibawah :-

https://tinyurl.com/DaftarAhliKBG2022

Kepada anda yang ingin bantu Kelab Belia Gunong  untuk memperkasakan lagi program-program kebajikan ataupun kemasyarakatan.Boleh salurkan ke akaun bank kami seperti dibawah :-

03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong ditalian 011-37476596  bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Kelab Belia Gunong.
Terima Kasih atas sokongan padu anda untuk Kelab Belia Gunong.

#KitaJagaKita #KelabBeliaGunong #BeliaGunong #BeliawanisGunong #KeluargaBeliaGunong

Sunday 1 August 2021

SAYA SUDAH DIVAKSIN DOS 1

"SAYA SUDAH DIVAKSIN DOS 1"

2 Ogos 2021,Tangok - Alhamdulillah Bendahari Kelab Belia Gunong telah divaksin dos 1.Saudara Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong berkata,beliau menyeru kepada semua golongan belia dan beliawanis sekitar Mukim Gunong Bachok Kelantan jom daftar sebagai penerima vaksin.

"JOM DAFTAR VAKSIN COVID-19"
Daftar Untuk Vaksinasi Covid-19 melalui beberapa langkah seperti berikut :
1. Daftar Melalui MySejahtera
2. Hubungi Ditalian Hotline 1800-888-828
3.Bersemuka DiFasiliti KKM atau layari vaksincovid.gov.my
Atau
Tekan link dibawah untuk daftar vaksin bawah urusetia Kelab Belia Gunong :
Selain itu,anda boleh kunjungi Pusat Internet Komuniti berdekatan dengan anda.Untuk Lokalti Gunong,berikut senarai Pusat Internet Komuniti yang berada dalam Lokalti Daearah/Mukim Gunong :
Untuk Belia Dan Beliawanis Sekitar Gunong yang ingin daftar sebagai Ahli Kelab Belia Gunong boleh tekan link dibawah :-
Untuk Belia Dan Beliawanis Sekitar Mukim Gunong yang ingin daftar sebagai Sukarelawan MyVac bagi membantu menjayakan Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Peringkat Jajahan Bachok.

Peluang ini dibuka untuk anda sekalian.Jom Daftar Sebagai Sukarelawan Kesihatan MyVac Sekarang :

Ayuh kita sama-sama galaskan tanggungjawab ini bersama demi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.
"Kita Masih Belum Menang"
Terima Kasih kepada Barisan Hadapan Negara "Frontliner" berjuang demi menjaga keselamatan dan kesihatan kami semua rakyat Malaysia.Jom kita sama-sama berganding bahu demi kebaikan kita bersama.

KELAB BELIA GUNONG MENGANJURKAN KLINIK ONLINE BELIA GUNONG SIRI 1/2021

"KLINIK ONLINE BELIA GUNONG SIRI 1/2021"

2 Ogos 2021 - Kelab Belia Gunong telah menganjurkan program secara atas talian yang diberi tajuk "Klinik Online Belia Gunong Siri 1/2021.Program tersebut telah diadakan pada  30 Julai 2021 jam 9 malam.

Klinik Online Belia Gunong Siri 1/2021 menampilkan 3 orang Ahli Panel iaitu Encik Suhail selaku Pegawai Tugas-Tugas Khas YB Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat,Encik Hafizul Nizam selaku YDP Majlis Belia Negeri Kelantan dan Encik Edi selaku CEO WCO Solution Enterprise.

Moderator kali ini dikendalikan oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong.Alhamdulillah kali ini penganjur hanya menjemput Kelab Belia Kg Kuin Pasir,Kelab Belia Wakaf Zin dan MAYC Kawasan Bachok bagi memantapkan lagi sesi penerangan untuk golongan belia berpersatuan.

Beberapa perkara telah diterangkan seperti Saluran Bantuan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat,Pembangunan Belia dan Kempen Minyak Masak Terpakai(WCO)-Trash Oil To Money.

Terima Kasih kepada semua yang telah menyertai program kali ini

 Jom daftar ahli Kelab Belia Gunong.Untuk Pendaftaran Keahlian Kelab Belia Gunong boleh tekan link di bawah :-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgCFJr29zqA5pohfwf9Qs4WCKp5FgSP21f_8AACleKGh4ZMg/viewform?fbclid=IwAR3nG4wN57_4_zUvYXWnfd0koLWbVHLFCQFPtsyab29zyMh1STzSwxCSiCE

     Kepada anda yang ingin bantu Kelab Belia Gunong  untuk memperkasakan lagi program-program kebajikan ataupun kemasyarakatan.Boleh salurkan ke akaun bank kami seperti dibawah :-

03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong ditalian 011-37476596  bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Kelab Belia Gunong.
Terima Kasih atas sokongan padu anda untuk Kelab Belia Gunong.

#KitaJagaKita #KelabBeliaGunong #BeliaGunong #BeliawanisGunong #KeluargaBeliaGunong

Sunday 25 July 2021

MYSEJAHTERA MULA TERIMA PENDAFTARAN VAKSINASI GOLONGAN REMAJA 12-17TAHUN

"MYSEJAHTERA MULA TERIMA PENDAFTARAN VAKSINASI GOLONGAN REMAJA 12-17TAHUN"

26 Julai 2021,Pekan Gunong- Kelab Belia Gunong mengharapkan golongan belia berumur 17tahun kebawah agar mendaftarkan diri anda sebagai penerima vaksin melalui applikasi MySejahtera.

Saudara Nik Mohd Asraf Bin Nik Kob selaku Ketua Penerangan Kelab Belia Gunong berkata,kini MySejahtera mula terima pendaftaran vaksinasi golongan remaja 12-17 tahun .Tarikh janji temu akan dimaklumkan kelak.

Beliau yang juga selaku Ketua Satria MAYC Kawasan Bachok mengharapkan semua golongan belia di Jajahan Bachok khasnya Mukim Gunong agar mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.

"JOM DAFTAR VAKSIN COVID-19"
Daftar Untuk Vaksinasi Covid-19 melalui beberapa langkah seperti berikut :
1. Daftar Melalui MySejahtera
2. Hubungi Ditalian Hotline 1800-888-828
3.Bersemuka DiFasiliti KKM atau layari vaksincovid.gov.my
Atau
Tekan link dibawah untuk daftar vaksin bawah urusetia Kelab Belia Gunong :
Selain itu,anda boleh kunjungi Pusat Internet Komuniti berdekatan dengan anda.Untuk Lokalti Gunong,berikut senarai Pusat Internet Komuniti yang berada dalam Lokalti Daearah/Mukim Gunong :
Untuk Belia Dan Beliawanis Sekitar Gunong yang ingin daftar sebagai Ahli Kelab Belia Gunong boleh tekan link dibawah :-
Untuk Belia Dan Beliawanis Sekitar Mukim Gunong yang ingin daftar sebagai Sukarelawan MyVac bagi membantu menjayakan Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Peringkat Jajahan Bachok.

Peluang ini dibuka untuk anda sekalian.Jom Daftar Sebagai Sukarelawan Kesihatan MyVac Sekarang :

Ayuh kita sama-sama galaskan tanggungjawab ini bersama demi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.
"Kita Masih Belum Menang"
Terima Kasih kepada Barisan Hadapan Negara "Frontliner" berjuang demi menjaga keselamatan dan kesihatan kami semua rakyat Malaysia.Jom kita sama-sama berganding bahu demi kebaikan kita bersama.

Thursday 22 July 2021

PROGRAM BACAAN YASIN & TAHLIL SIRI 1 ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN ISLAM DAN DAKWAH KELAB BELIA GUNONG

"PROGRAM BACAAN YASIN & TAHLIL SIRI 1 ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN ISLAM DAN DAKWAH KELAB BELIA GUNONG"

23 Julai 2021,Gunong - Kelab Belia Gunong telah menganjurkan Program Bacaan Yasin & Tahlil Siri 1 pada 22 Julai 2021 jam 8 malam secara atas talian melalui Platform Google Meet.

Saudara Muhammad Azam Bin Ismail selaku EXCO Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi Biro Pembangunan Islam Dan Dakwah Kelab Belia Gunong berkata,program ini adalah program Siri 1 Kelab Belia Gunong bagi mendekati golongan belia dan beliawanis di musim pkp ini.

Insya Allah  Program Bacaan Yasin & Tahlil Siri seterusnya akan diteruskan pada tarikh akan diwar-warkan kelak.

Beliau memaklumkan program semalam telah dimulakan dengan bacaan Yasin,tahlil dan sedikit pengisian iaitu mengalunkan takbir raya .Selepas selesai takbir raya,sedikit perkongsian ilmu HADIS 40(Imam An-Nawawi) iaitu dimulakan dengan Hadis 1 bertajuk "Setiap Amalan Bergantung Kepada Niat".

Walaubagaimanapun,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir dan program kali ini diserikan dengan kehadiran  Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong,Muhamed Zaharin Bin Azhar selaku EXCO Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi Biro VAV Kelab Belia Gunong dan Nik Mohd Asraf Bin Nik Kob selaku Ketua Penerangan Kelab Belia Gunong.