Sunday 1 August 2021

SAYA SUDAH DIVAKSIN DOS 1



"SAYA SUDAH DIVAKSIN DOS 1"

2 Ogos 2021,Tangok - Alhamdulillah Bendahari Kelab Belia Gunong telah divaksin dos 1.Saudara Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong berkata,beliau menyeru kepada semua golongan belia dan beliawanis sekitar Mukim Gunong Bachok Kelantan jom daftar sebagai penerima vaksin.

"JOM DAFTAR VAKSIN COVID-19"
Daftar Untuk Vaksinasi Covid-19 melalui beberapa langkah seperti berikut :
1. Daftar Melalui MySejahtera
2. Hubungi Ditalian Hotline 1800-888-828
3.Bersemuka DiFasiliti KKM atau layari vaksincovid.gov.my
Atau
Tekan link dibawah untuk daftar vaksin bawah urusetia Kelab Belia Gunong :
Selain itu,anda boleh kunjungi Pusat Internet Komuniti berdekatan dengan anda.Untuk Lokalti Gunong,berikut senarai Pusat Internet Komuniti yang berada dalam Lokalti Daearah/Mukim Gunong :
Untuk Belia Dan Beliawanis Sekitar Gunong yang ingin daftar sebagai Ahli Kelab Belia Gunong boleh tekan link dibawah :-
Untuk Belia Dan Beliawanis Sekitar Mukim Gunong yang ingin daftar sebagai Sukarelawan MyVac bagi membantu menjayakan Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Peringkat Jajahan Bachok.

Peluang ini dibuka untuk anda sekalian.Jom Daftar Sebagai Sukarelawan Kesihatan MyVac Sekarang :

Ayuh kita sama-sama galaskan tanggungjawab ini bersama demi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.
"Kita Masih Belum Menang"
Terima Kasih kepada Barisan Hadapan Negara "Frontliner" berjuang demi menjaga keselamatan dan kesihatan kami semua rakyat Malaysia.Jom kita sama-sama berganding bahu demi kebaikan kita bersama.


 

KELAB BELIA GUNONG MENGANJURKAN KLINIK ONLINE BELIA GUNONG SIRI 1/2021











"KLINIK ONLINE BELIA GUNONG SIRI 1/2021"

2 Ogos 2021 - Kelab Belia Gunong telah menganjurkan program secara atas talian yang diberi tajuk "Klinik Online Belia Gunong Siri 1/2021.Program tersebut telah diadakan pada  30 Julai 2021 jam 9 malam.

Klinik Online Belia Gunong Siri 1/2021 menampilkan 3 orang Ahli Panel iaitu Encik Suhail selaku Pegawai Tugas-Tugas Khas YB Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat,Encik Hafizul Nizam selaku YDP Majlis Belia Negeri Kelantan dan Encik Edi selaku CEO WCO Solution Enterprise.

Moderator kali ini dikendalikan oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong.Alhamdulillah kali ini penganjur hanya menjemput Kelab Belia Kg Kuin Pasir,Kelab Belia Wakaf Zin dan MAYC Kawasan Bachok bagi memantapkan lagi sesi penerangan untuk golongan belia berpersatuan.

Beberapa perkara telah diterangkan seperti Saluran Bantuan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat,Pembangunan Belia dan Kempen Minyak Masak Terpakai(WCO)-Trash Oil To Money.

Terima Kasih kepada semua yang telah menyertai program kali ini

 Jom daftar ahli Kelab Belia Gunong.Untuk Pendaftaran Keahlian Kelab Belia Gunong boleh tekan link di bawah :-


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgCFJr29zqA5pohfwf9Qs4WCKp5FgSP21f_8AACleKGh4ZMg/viewform?fbclid=IwAR3nG4wN57_4_zUvYXWnfd0koLWbVHLFCQFPtsyab29zyMh1STzSwxCSiCE

     Kepada anda yang ingin bantu Kelab Belia Gunong  untuk memperkasakan lagi program-program kebajikan ataupun kemasyarakatan.Boleh salurkan ke akaun bank kami seperti dibawah :-


03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong ditalian 011-37476596  bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Kelab Belia Gunong.
Terima Kasih atas sokongan padu anda untuk Kelab Belia Gunong.

#KitaJagaKita #KelabBeliaGunong #BeliaGunong #BeliawanisGunong #KeluargaBeliaGunong