Tuesday 5 January 2021

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MOBILE LEGEND SIRI 1 MAYC KAWASAN BACHOK BAGI TAHUN 2021










Berikut adalah senarai pemenang untuk Pertandingan Mobile Legend Siri 1 :

2 Januari 2021(Sabtu)

JOHAN
Nama Pasukan : New xoxo

NAIB JOHAN
Nama Pasukan : We own world 

KETIGA 
Nama Pasukan : virus gaming

KEEMPAT 
Nama Pasukan : sk revolution 

KELIMA 
Nama Pasukan : ex vampire gaming

KEENAM
kruk ii gaming

KETUJUH
Nama Pasukan Onichan

TAHNIAH PASUKAN NEW XOXO !!!

#MyMAYC
#MAYCKawasanBachok
#KelabBeliGunong
#KelabBeliaKgKuinPasirJelawat
#PusatInternetPekanJelawat


 

PERTANDINGAN MOBILE LEGEND SIRI 1 MAYC KAWASAN BACHOK BAGI TAHUN 2021








2/1/2021

 Pertandingan Mobile Legend Siri 1 MAYC KAWASAN BACHOK telah berlangsung bertempat di PUSAT INTERNET PEKAN JELAWAT. 

Terima kasih kepada YB HAJI ABDUL AZIZ BIN KADIR ADUN JELAWAT kerana sudi hadir menyampaikan hadiah.

Terima kasih kepada Pengarah Program saudara Hafizudin

Terima Kasih kepada PUSAT INTERNET PEKAN JELAWAT 

Hadir sama di Program Saudara Mohd Azwan selaku Timbalan Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong , 
Saudara Zaharin Setiausaha dan 
Saudara Wan Muhammad Arishah selaku Ketua Penerangan MAYC KAWASAN BACHOK merangkap Pengerusi Kelab Belia Kg Kuin Pasir Jelawat.

Tahniah Kepada Semua Pemenang..Terima Kasih 26 Pasukan  yang menyertai Pertandingan kali ini..

#MyMAYC 
#MaycKawasanBachok
#KelabBeliaGunung
#KelabBeliaKgKuinPasir


 

KEMPEN DAFTAR AHLI KELAB BELIA GUNONG 2021



Tahun Baharu 2021 membuka tirai dengan 365 bakal kita tempuhi,,
Biro Keahlian Kelab Belia Gunong ingin memberi ruang kepada belia dan beliawanis berumur 15 hingga 30 Tahun untuk daftar sebagai Ahli Kelab Belia Gunong.
Kempen Daftar Keahlian Kelab Belia Gunong diadakan bermula 1 Januari sehingga 30 Disember 2021.
Anda ingin daftar ahli Kelab Belia Gunong boleh scan Qr Code sepertimana dalam poster.Semoga kita semua terus istiqomah dalam menempuhi norma baharu.
Semoga Tahun Baharu 2021 membuka lebaran KEJAYAAN kepada kita semua.
Image may contain: text that says "KELAB BELIA GUNONG KEMPEN DAFTAR AHLI KELAB BELIA GUNONG BAGI TAHUN 2021 1Januari hingga 30 Disember 2021 Scan QR Code dibawah untuk daftar: JOM DAFTAR AHLI KELAB BELIA GUNONG!!! Email:kelabbeliagunong@gmail.com kelabbeliagunong blogspot.com"


 

SELAMAT TAHUN BAHARU 2021


Image may contain: text that says "KELAB BELIA GUNONG HAPPY NEW V YEAR 2021!! Daripada: Seluruh Jawatankuasa Kelab Belia Gunong Kelab Belia Gunong Official kelabbeliagunong@gmail.com"
Tahun 2020 adalah satu sejarah yang meninggalkan kita seribu kenangan dan pengalaman baru terutamanya berhadapan dengan pandemik Covid-19.
Disamping itu,ianya telah memberi kita pendedahan kepada norma-norma baharu dalam kehidupan kita seharian.
Tahun 2020 mungkin tahun yang sukar buat kita semua tetapi kita tetap sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa agar kita semua dilindungi olehnya sentiasa.
Seluruh Jawatankuasa Kelab Belia Gunong ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2021 kepada anda semua.Semoga kita semua sentiasa amalkan norma baharu dan SOP yang ada untuk kita terokai azam baharu dalam keadaan selamat dan sejahtera.
Image may contain: text that says "KELAB BELIA GUNONG HAPPY NEW V YEAR 2021!! Daripada: Seluruh Jawatankuasa Kelab Belia Gunong Kelab Belia Gunong Official kelabbeliagunong@gmail.com"

PERTANDINGAN MOBILE LEGEND SIRI 1 MAYC KAWASAN BACHOK 2021



*PERTANDINGAN MOBILE LEGEND SIRI 1 MAYC KAWASAN BACHOK 2021*
Tarikh : 2 Januari 2021(Sabtu)
Masa : 11pagi hingga 5petang
Tempat : Pusat Internet Pekan Jelawat
Yuran : RM10/1Team
Anjuran : MAYC Kawasan Bachok,Kelab Belia Gunong
Kerjasama : Kelab Belia Kg Kuin Pasir Jelawat dan Pusat Internet Pekan Jelawat
Tarikh tutup sebelum 30 Disember 2020
Anda boleh scan QR Code untuk daftar.
Untuk maklumat lanjut hubungi :


 

KUNJUNGAN HORMAT BERTEMU DATO DR NORLIZAN KETUA PENGARAH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA




Kunjungan Hormat Bertemu Dato Dr Norlizan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Tarikh : 10 September 2020(Khamis)
Masa :5.30 Petang
Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan hormat bertemu Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.Beberapa perbincangan untuk belia dalam Industri Penternakan.
Selain itu,beliau juga berbincang beberapa perkara untuk Industri Equine Kelantan.Saudara Ahmad Faris juga selaku Pengerusi Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).Turun bersama Saudara Shukri Pengerusi Jalinan Anak-Anak Kelantan(JUAAK).
Terima Kasih Dato sudi menerima kunjungan demi memantapkan lagi jalinan ukhwah dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita.


 

LAWATAN YB DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN KOMUNIKASI KE PARLIMEN BACHOK






Jeti Pendaratan Ikan Pengkalan Petah.
8 Sep 2020
Yb Ahli Parlimen Bachok Ustaz Nik Mohamad Abduh diberi penghormatan berucap di Program Merdeka & Komuniti Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan pagi ini.
Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin Timbalan Menteri KKMM.
Wakil MAYC Kawasan Bachok iaitu Saudara Ahmad Faris merangkap Pengerusi Kelab Belia Gunong turut hadir bersama sebagai penerima bendera program kali ini.
Wakil MAYC Kawasan Bachok :
1.Faris
2.Zaharin Azhar
3.Haffiez
4.Khalis
5.Shahrul
6.Hatta
Terima kasih Pejabat Penerangan Daerah Bachok atas jemputan.