Thursday 20 May 2021

KEMPEN JOM DAFTAR VAKSIN COVID-19


"JOM DAFTAR VAKSIN COVID-19"

Daftar Untuk Vaksinasi Covid-19 melalui beberapa langkah seperti berikut :

1. Daftar Melalui MySejahtera
2. Hubungi Ditalian Hotline 1800-888-828
3.Bersemuka DiFasiliti KKM atau layari vaksincovid.gov.my

Selain itu,anda boleh kunjungi Pusat Internet Komuniti berdekatan dengan anda.Untuk Lokalti Gunong,berikut senarai Pusat Internet Komuniti yang berada dalam Lokalti Daearah/Mukim Gunong :

1. Pusat Internet Komuniti Gunong
2.Pusat Internet Mahligai

Untuk Belia Dan Beliawanis Sekitar Gunong yang ingin daftar sebagai Ahli Kelab Belia Gunong boleh tekan link dibawah :-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgCFJr29zqA5pohfwf9Qs4WCKp5FgSP21f_8AACleKGh4ZMg/viewform

Untuk Belia Dan Beliawanis Sekitar Mukim Gunong yang ingin daftar sebagai Sukarelawan MyVac bagi membantu menjayakan Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Peringkat Jajahan Bachok.

Peluang ini dibuka untuk anda sekalian.Jom Daftar Sebagai Sukarelawan MyVac Sekarang :

https://www.myvac.com.my

Ayuh kita sama-sama galaskan tanggungjawab ini bersama demi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

"Kita Masih Belum Menang"

Terima Kasih kepada Barisan Hadapan Negara "Frontliner" berjuang demi menjaga keselamatan dan kesihatan kami semua rakyat Malaysia.Jom kita sama-sama berganding bahu demi kebaikan kita bersama.

#KitaJagaKita #KelabBeliaGunong #KBGCare #LindungiDiriLindungiSemua  #SemogaCovid19Berakhir #SamaSamaGalaskanTanggungjawabini #DemiManfaatBersama #JomDaftarVaksin #JomDaftarAhliKelabBeliaGunong #JomDaftarSukarelawanMyVac #MukimGunong  #KitaMasihBelumMenang

Saturday 15 May 2021

PENYERAHAN KUIH RAYA UNTUK AGIHAN FRONTLINER BAKAL DIAGIH OLEH PERTUBUHAN SKUAD INSANIAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR


"PENYERAHAN KUIH RAYA UNTUK AGIHAN FRONTLINER BAKAL DIAGIH OLEH PERTUBUHAN SKUAD INSANIAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR"

Bandar Baru Selayang,12 Mei 2021- Kelab Belia Gunong menyerahkan sumbangan berupa "KUIH RAYA" kepada wakil Pertubuhan Skuad Insaniah Kuala Lumpur Dan Selangor.

Delegasi Kelab Belia Gunong Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong merangkap Bendahari Agung Persatuan Jalinan Ukhuwah Anak Anak Kelantan menyerahkan "12 PAX KUIH RAYA" kepada Wakil Pertubuhan Skuad insaniah Kuala Lumpur Dan Selangor.

Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong seperti berikut :-
03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda sumbang mohon hantar resit ke talian 019-9685940(Azuwan).

Semoga anda semua terus dimurahi rezeki.Terima Kasih atas sokongan anda kepada kami.
#KelabBeliaGunong


 

SINGGAH SAHUR PENGHUJUNG RAMADHAN 1442HIJRAH


"SINGGAH SAHUR PENGHUJUNG RAMADHAN 1442HIJRAH"

Keramat,8 Mei 2021 -Wakil Kelab Belia Gunong sertai singgah sahur di Keramat.Singgah Sahur kali ini menyerahkan beberapa sumbangan yang telah diwakilkan oleh Hamba Allah.

Delegasi Kelab Belia Gunong diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong.

Semoga penyumbang-penyumbang terus dimurahi rezeki.

Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong seperti berikut :-
03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda sumbang mohon hantar resit ke talian 019-9685940(Azuwan).

Semoga anda semua terus dimurahi rezeki.Terima Kasih atas sokongan anda kepada kami.

#KelabBeliaGunong #SinggahSahur


 

SINAR AIDILFITRI 1442 KELAB BELIA GUNONG KERJASAMA J&T GUNONG



"SINAR AIDILFITRI 1442  KELAB BELIA GUNONG KERJASAMA  J&T GUNONG"

Bukit Temalong,12 Mei 2021 - Kelab Belia Gunong mengadakan ziarah Sinar Aidilfitri 1442H ini bagi mewakili hamba Allah daripada Johor untuk menyampaikan sedikit cenderahati "Barangan Asas" bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma.

Delegasi Kelab Belia Gunong diwakili oleh Saudara Muhammad Azwan selaku EXCO Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Usahawan dan Ekonomi Kelab Belia Gunong  mengiringi wakil J&T Gunong iaitu Saudari Nurul bagi menyampaikan  "BARANGAN ASAS" kepada ibu 3 orang anak yatim (Nur Fidyana Damiela Binti Mohd Fairul,Nor Damia Damiela Binti Mohd Fairul dan Nor Danisha Damiela Binti Mohd Fairul).Cik Damiela Ikhwan telah kehilangan suami tercinta tahun lepas 2020.Allahyarham Suami beliau  berasal daripada Felda Bukit Batu Kulai Johor.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh Kepimpinan Kelab Belia Gunong,J&T Gunong dan hamba Allah daripada Johor atas sumbangan ini bagi meringankan sedikit beban bagi menempuhi syawal 1442H.Beliau juga mengharapkan lebih ramai lagi hamba-hamba Allah membantu Kelab Belia Gunong untuk menyalurkan sumbangan ikhlas bagi memperkasakan lagi ziarah kebajikan untuk golongan asnaf,Oku,anak yatim dan balu.

Kelab Belia Gunong adalah salah satu platform terbaik setakat ini yang telah saya tengok untuk golongan belia dan beliawanis untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.

Damiela Ikhwan juga berkata,beliau mengucapkan terima kasih kepada wakil Kelab Belia Gunong iaitu Saudara Muhammad Azwan selaku EXCO Kelab Belia Gunong serta Cik Nurul Wakil J&T Gunong sudi turun ziarah anak beliau.Beliau juga mendoakan agar hamba Allah daripada Johor dan Kuala Lumpur terus dimurahi rezeki berlimpah ruah,dipermudahkan segala urusan,dipanjangkan umur,dilindungi Allah S.w.t dan dipercepatkan jodoh.

Selain itu,saudara Azwan selaku EXCO Kelab Belia Gunong mengalukan seluruh Warga Bachok,Warga Kelantan dan Seluruh Rakyat Malaysia sama-sama kita berkongsi rezeki walaupun RM1.

Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong seperti berikut :-
03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda sumbang mohon hantar resit ke talian 019-9685940(Azuwan).

Semoga anda semua terus dimurahi rezeki.Terima Kasih atas sokongan anda kepada kami.

#KelabBeliaGunong 
#KelabBeliaGunong #BiroUsahawanDanEkonomiKelabBeliaGunong
#Bachok #Kelantan #J&TGunong

 

 

TRAGEDI PENGHUJUNG RAMADHAN 1442HIJRAH















 

"TRAGEDI PENGHUJUNG RAMADHAN 1442HIJRAH"

Kuala Lumpur,8 Mei 2021 - Kelab Belia Gunong mengadakan ziarah bertemu Mohd Fizal Bin Mohd Shuhimi berumur 40tahun menghubungi pihak Kelab Belia Gunong melalui Saudara Muhammad Azuwan selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong.

Saudara Mohd Fizal memohon sedikit bantuan untuk menampung kos beliau berpindah ke tempat baru kerana tempat kediaman beliau terbakar.Saudara Muhammad Azuwan selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong atas inisiatif usaha dibuat bagi membantu Saudara Fizal.

Terima Kasih kepada Hamba Allah daripada Perak bantu dan mewakilkan kepada pihak kami bagi menyerahkan sumbangan sebanyak RM70 kepada Saudara Fizal berasal daripada Simpang Parlimen Taiping.

Ayuh jom support Kelab Belia Gunong bagi memperkasakan lagi program kebajikan kami.Anda salurkan sumbangan kepada kami bagi memperluaskan dan permudahkan bantuan yang kami akan salurkan kepada mereka yang memerlukan.Salurkan Sumbangan anda ke akaun bank Kelab Belia Gunong seperti berikut :-

03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda sumbang mohon hantar resit ke talian 019-9685940(Azuwan).

Semoga anda semua terus dimurahi rezeki.Terima Kasih atas sokongan anda kepada kami.

#KelabBeliaGunong 

 

Saturday 8 May 2021

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 JAJAHAN BACHOK


"PROGRAM IMUNISASI COVID-19 JAJAHAN BACHOK"

Tangok,8 Mei 2021 - Kelab Belia Gunong telah menghantar wakilnya ke Program Imunisasi Covid-19 Jajahan Bachok.

Delegasi Sukarelawan Kelab Belia Gunong diwakili oleh Saudara Shakir dan 4 orang lagi Sukarelawan daripada Kelab Belia Gunong yang telah menyertai MyVac.

Saudara Shakir berkata,beliau bersama rakannya yang lain telah "DIVAKSIN".Beliau menyarankan agar Seluruh Belia Dan Beliawanis Sekitar Gunong dan Bachok daftarkan diri sebagai penerima Vaksin.

Masih belum mendaftar?
Daftar untuk vaksinasi melalui Aplikasi MySejahtera atau

https:/vaksincovid.gov.my./panduan

Selain itu,shakir mengalukan kepada Seluruh Belia Dan Beliawanis Sekitar Bachok khas di Gunong sertai Sukarelawan MyVac.

Daftar Sebagai Sukarelawan MyVac :

https://www.myvac.com.my

Sama-sama kita mendoakan agar pandemik Covid-19 berakhir.Ayuh semua,kita masih belum MENANG.Jom sama-sama kita mendoakan agar pandemik Covid-19 berakhir.

#KelabBeliaGunong
#MyVac
#SayaTelahDivaksin
#ProgramImunisasiCovid19JajahanBachok
#LindungiDiriLindungiSemua
#KitaJagaKita
#KBS
#MOSTI
#KPT
#JBSN

 

Thursday 6 May 2021

SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA 5 ORANG SUKARELAWAN MYVAC MEWAKILI KELAB BELIA GUNONG


"SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA 5 ORANG SUKARELAWAN MYVAC MEWAKILI KELAB BELIA GUNONG"

Tangok,6 Mei 2021 - Kelab Belia Gunong menghantar 5 Orang Sukarelawannya untuk menjadi salah seorang Sukarelawan MyVac Daerah Bachok.

Sukarelawan daripada Kelab Belia Gunong iaitu diwakili oleh Saudara Hafizudin,Saudara Shakir dan 3 orang lagi sukarelawan daripada Permatang Pasir dan Telaga Ara.

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong mengucapkan selamat berkhidmat kepada sukarelawan-sukarelawan yang mewakili Kelab Belia Gunong.

Saudara Ahmad Faris berkata,ini salah satu insiatif kepimpinannya untuk mendekatkan belia bersama masyarakat.Kepimpinan beliau juga menyarankan kepada belia-belia yang berkelapangan untuk sertai Sukarelawan MyVac.

Kepada yang belum mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Myvac boleh Daftar di link seperti berikut :
http://www.myvac.com.my

Selain itu,saudara Ahmad Faris berkata,Kelab Belia Gunong mengharapkan kepada semua belia dan beliawanis di Sekitar Kampung Gunong ataupun Mukim Gunong yang belum bekerja bolehlah daftarkan diri anda sebagai Sukarelawan MyVac secara Sepenuh Masa.

Seluruh Kepimpinan Kelab Belia Gunong mengucapkan selamat berkhidmat kepada 5 Orang Sukarelawan daripada Kelab Belia Gunong yang sertai Sukarelawan MyVac.Selamat Berkhidmat Kalian Semua.Kalian Semua pelapis masa depan negara.

#LindungiDiriLindungiSemua #KitaJagaKita #KamiTakRamaiTapiKamiAda  #KelabBeliaGunong #TerusBerkhidmat