Sunday 25 July 2021

MYSEJAHTERA MULA TERIMA PENDAFTARAN VAKSINASI GOLONGAN REMAJA 12-17TAHUN




"MYSEJAHTERA MULA TERIMA PENDAFTARAN VAKSINASI GOLONGAN REMAJA 12-17TAHUN"

26 Julai 2021,Pekan Gunong- Kelab Belia Gunong mengharapkan golongan belia berumur 17tahun kebawah agar mendaftarkan diri anda sebagai penerima vaksin melalui applikasi MySejahtera.

Saudara Nik Mohd Asraf Bin Nik Kob selaku Ketua Penerangan Kelab Belia Gunong berkata,kini MySejahtera mula terima pendaftaran vaksinasi golongan remaja 12-17 tahun .Tarikh janji temu akan dimaklumkan kelak.

Beliau yang juga selaku Ketua Satria MAYC Kawasan Bachok mengharapkan semua golongan belia di Jajahan Bachok khasnya Mukim Gunong agar mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.

"JOM DAFTAR VAKSIN COVID-19"
Daftar Untuk Vaksinasi Covid-19 melalui beberapa langkah seperti berikut :
1. Daftar Melalui MySejahtera
2. Hubungi Ditalian Hotline 1800-888-828
3.Bersemuka DiFasiliti KKM atau layari vaksincovid.gov.my
Atau
Tekan link dibawah untuk daftar vaksin bawah urusetia Kelab Belia Gunong :
Selain itu,anda boleh kunjungi Pusat Internet Komuniti berdekatan dengan anda.Untuk Lokalti Gunong,berikut senarai Pusat Internet Komuniti yang berada dalam Lokalti Daearah/Mukim Gunong :
Untuk Belia Dan Beliawanis Sekitar Gunong yang ingin daftar sebagai Ahli Kelab Belia Gunong boleh tekan link dibawah :-
Untuk Belia Dan Beliawanis Sekitar Mukim Gunong yang ingin daftar sebagai Sukarelawan MyVac bagi membantu menjayakan Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Peringkat Jajahan Bachok.

Peluang ini dibuka untuk anda sekalian.Jom Daftar Sebagai Sukarelawan Kesihatan MyVac Sekarang :

Ayuh kita sama-sama galaskan tanggungjawab ini bersama demi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.
"Kita Masih Belum Menang"
Terima Kasih kepada Barisan Hadapan Negara "Frontliner" berjuang demi menjaga keselamatan dan kesihatan kami semua rakyat Malaysia.Jom kita sama-sama berganding bahu demi kebaikan kita bersama.


 

Thursday 22 July 2021

PROGRAM BACAAN YASIN & TAHLIL SIRI 1 ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN ISLAM DAN DAKWAH KELAB BELIA GUNONG






"PROGRAM BACAAN YASIN & TAHLIL SIRI 1 ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN ISLAM DAN DAKWAH KELAB BELIA GUNONG"

23 Julai 2021,Gunong - Kelab Belia Gunong telah menganjurkan Program Bacaan Yasin & Tahlil Siri 1 pada 22 Julai 2021 jam 8 malam secara atas talian melalui Platform Google Meet.

Saudara Muhammad Azam Bin Ismail selaku EXCO Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi Biro Pembangunan Islam Dan Dakwah Kelab Belia Gunong berkata,program ini adalah program Siri 1 Kelab Belia Gunong bagi mendekati golongan belia dan beliawanis di musim pkp ini.

Insya Allah  Program Bacaan Yasin & Tahlil Siri seterusnya akan diteruskan pada tarikh akan diwar-warkan kelak.


Beliau memaklumkan program semalam telah dimulakan dengan bacaan Yasin,tahlil dan sedikit pengisian iaitu mengalunkan takbir raya .Selepas selesai takbir raya,sedikit perkongsian ilmu HADIS 40(Imam An-Nawawi) iaitu dimulakan dengan Hadis 1 bertajuk "Setiap Amalan Bergantung Kepada Niat".

Walaubagaimanapun,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir dan program kali ini diserikan dengan kehadiran  Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong,Muhamed Zaharin Bin Azhar selaku EXCO Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi Biro VAV Kelab Belia Gunong dan Nik Mohd Asraf Bin Nik Kob selaku Ketua Penerangan Kelab Belia Gunong.

Jom daftar ahli Kelab Belia Gunong.Untuk Pendaftaran Keahlian Kelab Belia Gunong boleh tekan link di bawah :-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgCFJr29zqA5pohfwf9Qs4WCKp5FgSP21f_8AACleKGh4ZMg/viewform?fbclid=IwAR3nG4wN57_4_zUvYXWnfd0koLWbVHLFCQFPtsyab29zyMh1STzSwxCSiCE

     Kepada anda yang ingin bantu Kelab Belia Gunong  untuk memperkasakan lagi program-program kebajikan ataupun kemasyarakatan.Boleh salurkan ke akaun bank kami seperti dibawah :-


03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong ditalian 011-37476596  bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Kelab Belia Gunong.
Terima Kasih atas sokongan padu anda untuk Kelab Belia Gunong.

#KitaJagaKita #KelabBeliaGunong #BeliaGunong #BeliawanisGunong #KeluargaBeliaGunong


 

KELAB BELIA GUNONG SERTAI SESI LIBAT URUS KANVAS VISI SUKAN NEGARA 2030 PERINGKAT DAERAH SIRI 2 NEGERI KELANTAN










"KELAB BELIA GUNONG  SERTAI  SESI LIBAT URUS KANVAS VISI SUKAN NEGARA 2030 PERINGKAT DAERAH SIRI 2 NEGERI KELANTAN"

23 Julai 2021 - Kelab Belia Gunong telah sertai Sesi Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negera Peringkat Daerah Siri 2 Negeri Kelantan yang melibatkan Daerah Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu dan Bachok telah diadakan pada 18 Julai 2021 jam 2.30 petang melalui platform zoom meeting.

Wakil Kelab Belia Gunong diwakili oleh saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong.

Saudara Ahmad Faris berkata,sesi libat urus kanvas Visi Sukan Negara 2030 ini amat bermanfaat bagi penggiat sukan malahan saf kepimpinan Persatuan Sukan termasuklah Persatuan Belia.Beliau juga melontarkan beberapa cadangan untuk lokalti Kawasan Gunong dan berdekatan seperti mengharapkan pihak kerajaan semak kembali status kemudahan yang telah dibina dalam kawasan Dun Jelawat.Kemudahan yang telah dibina seperti Gelanggang Futsal outdoor.Demi mencapai Visi Sukan Negara 2030,pelapis atlet di peringkat sekolah amat memerlukan sebelum mereka teruskan perjuangan ke peringkat yang lebih tinggi.

Kemudahan tersebut amat rugi jikalau dibiarkan dan menjadi "GAJAH PUTIH".Demi Visi Sukan Negara 2030,kita harus berganding bahu kerjasama mencapai hasrat cita-cita tersebut agar dapat direalisasikan bermula di peringkat bawahan akar umbi sehinggalah Profesional.Selain itu,pemerkasaan kejurulatihan amat perlu dititik beratkan darisegi memperkasakan lagi kursus-kursus kejurulatihan demi mencari jurulatih yang diiktiraf.

Dif VIP yang hadir dalam Sesi Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negera Peringkat Daerah Siri 2 Negeri Kelantan ialah Yang Berhormat Ustaz Wan Roslan Wan Hamat selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan Dan NGO Negeri Kelantan merangkap Adun Pengkalan Kubor dan Puan Laila Nazura Binti Nawi selaku Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan.

Manakala 1 Moderator dan 2 Ahli Panel jemputan yang tidak asing lagi Prof. Dr. Hairul Anuar Bin Hashim selaku Timbalan Dekan Penyelidikan Dan Inovasi Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia merangkap moderator program kali ini.2 Ahli Panel jemputan program kali ini ialah Dr Adam Abdul Malik selaku Pensyarah Sains Sukan dan Kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia(Panel 1) manakala En. Imran Bin Mansoor selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan(Panel 2).
 

 Terima Kasih Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tumpat atas jemputan untuk Kelab Belia Gunong sertai program kali ini.Terima Kasih Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan kerana memberi peluang dan ruang kepada penggiat sukan dan belia untuk bersama dalam program yang amat bermakna bagi kami di peringkat akar umbi.

Kongsikan bersama pihak Urusetia Visi Sukan Negara 2030 visi terhadap pembangunan sukan negara di pautan seperti berikut  :-

https://vsn2030.my/aspiration/create

Berminat untuk sertai Kelab Belia Gunong boleh tekan link dibawah :-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgCFJr29zqA5pohfwf9Qs4WCKp5FgSP21f_8AACleKGh4ZMg/viewform?fbclid=IwAR0iAb8NuHnDe_m6e6Z7ZaurGDOuIw7EFQTQRFokdRB6Avb_E-5kslE1jIk

Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada Kelab Belia Gunong  untuk memperkasakan lagi program-program dibawah Kelab Belia Gunong boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama Kelab Belia Gunong seperti berikut :-

03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong ditalian 011-37476596  bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Kelab Belia Gunong.
Terima Kasih atas sokongan padu anda untuk Kelab Belia Gunong. #KitaJagaKita #KelabBeliaGunong #BeliaGunong #BeliawanisGunong #KeluargaBeliaGunong

 

Sunday 18 July 2021

PROJEK WAKAF SATU SET MEJA BATU DI SETIAP MASJID/SURAU BERDEKATAN SEKITAR KAMPUNG GUNONG



"PROJEK WAKAF SATU SET MEJA BATU DI SETIAP MASJID/SURAU BERDEKATAN SEKITAR KAMPUNG GUNONG"

19 Julai 2021,Gunong -  Kelab Belia Gunong melancarkan Projek Wakaf Satu Set Meja Batu di setiap Masjid/Surau berdekatan Sekitar Kampung Gunong.

Saudara Nik Mohd Asraf Bin Nik Kob selaku Ketua Penerangan Kelab Belia Gunong berkata,Projek Wakaf Satu Set Meja Batu dilancarkan bertujuan untuk mempromosikan dan menggalkan masyarakat untuk menderma.Beliau juga selaku Ketua Satria MAYC Kawasan Bachok mengharapkan lebih ramai lagi masyarakat  menjadi tangan diatas menghulurkan kepada tangan dibawah dan mengimarahkan masjid/surau apabila pandemik Covid-19 redha kelak.

Setakat ini sumbangan daripada hamba Allah telah kami salurkan ke dua buah masjid iaitu Masjid Mukim Gunong dan Masjid Mukim Tepus.Pihak kami berhasrat untuk memperluaskan lagi Projek Wakaf ini ke beberapa masjid/surau mengikut fasa dan sumbangan yang diberikan.Berikut cadangan yang akan diteruskan misi Projek 1 Set Meja Batu 1 Masjid 1 Surau.Berikut cadangan masjid dan surau :

FASA  1 :
1. Masjid Mukim Gunong
2.Masjid Mukim Tepus

FASA 2  :
3.Masjid Mukim Permatang Pasir
4. Masjid Mukim Telaga Ara

FASA 3 :

5. Masjid Haji Abdul Azziz Beoh
6.Masjid Mukim Kubang Telaga

FASA 4 :
7. Masjid Mukim Pachor
8.Masjid Mukim Keting

FASA 5 :

9. Masjid Mukim Pak Badol
10.Masjid Arrahman Bukit Temalong

FASA 6 ;
11. Surau sebelah Taman Perkuburan Depan Sk Gunung
12.Surau Belakang Taman Hamidah


Saudara Nik Mohd Asraf berkata,Projek Wakaf Meja Batu ini akan dibuat mengikut fasa dan sumbangan penyumbang.Kami sedang mencari 10 orang Penyumbang untuk 10 Set Meja Batu yang akan disalurkan ke 8 Buah Masjid dan 2 Surau.Jika perancangan ini dapat direalisasikan,pihak kami akan meneruskan Fasa 7 dan seterusnya.

Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong seperti berikut :-
03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda sumbang mohon hantar resit ke talian 011-37476596(Aziehan-Bendahari Kelab Belia Gunong)

Semoga anda semua terus dimurahi rezeki.

Terima Kasih atas sokongan anda kepada kami.

 #KelabBeliaGunong #ProjekWakafSatuMejaBatu1Masjid1Surau #BeliaGunong #BiroPeneranganKelabBeliaGunong

PERBINCANGAN LARUT MALAM BERSAMA TIMBALAN PENGERUSI KELAB BELIA WAKAF ZIN



(KEMASKINI PROGRAM TAHUN 2021)

5 JANUARI 2021

Perbincangan Larut Malam :

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok  merangkap Pengerusi Kelab Belia Gunong mengadakan perbincangan dengan Saudara Khairul selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Wakaf Zin merangkap kepimpinan tertinggi MAYC Kawasan Bachok.

Perbincangan kali ini berkisahkan Misi Sukarelawan Bantuan Bencana Banjir 2021 seperti berikut :

1. Misi Sukarelawan Bantuan Bencana Banjir Siri 1 2021 :

  A. Kelab Belia Gunong
      (Pasir Mas,Tanah Merah)

  B. Kelab Belia Kg Kuin Pasir 
      (Kuala Krai)

   C. Kelab Belia Wakaf Zin
       (Gua Musang)

Insya Allah jika sumbangan anda mencukupi bagi kami meneruskan Siri 2 iaitu ke Pahang.Kami akan turun di Lipis Dan Raub Pahang.Doakan agar Misi ini dapat direalisasikan.

MISI BANTUAN BANJIR

Hulurkan sebarang bentuk sumbangan seperti :

1) Bantuan Pakaian
2) Barangan Mencuci seperti :
     i) Baldi 
     ii) Penyapu
     iii) Sabun
     iv)Penolak Air
     v) Mop

3) Barangan Keperluan Harian seperti :
     i)Beras
    ii)Bihun
    iii)Makanan Kering
    iv)Susu Tepung Bayi
    v) Air Mineral
    vi) Makanan Dalan Tin

Sebarang bantuan boleh diserahkan terus ke :

PUSAT BANTUAN MISI BANJIR MAYC KAWASAN BACHOK :

Tempat : Bilik Aktiviti Kelab Belia Wakaf Zin Bersebelahan Sk Tawang Bachok Kelantan 

Pusat ini akan beroperasi bermula pada :

8 Januari 2021,dari jam 5.00 Petang hingga 8.00 Malam

Akaun Bank Kelab Belia Wakaf Zin  :

0300341100004494(Bank Simpanan Nasional)

Hubungi Urusetia ditalian :

Encik Zaharin Azhar  : 0136149369
Cik Hajar  : 0126512049

Apabila barangan bantuan bencana ini mencukupi,pihak kami akan bergerak untuk Misi Sukarelawan Bantuan Bencana Banjir bagi Siri 1.Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

#MAYCBachokCare #MyMAYC  #TeamMAYCBachok #TeamSukarelawanMAYCKawasanBachok #MisiSukarelawanBencanaBanjir2021 #SukarelawanBanjir2021 #SukarelawanBelia  #KelabBeliaGunong #KelabBeliaWakafZin #KelabBeliaKgKuinPasir