Thursday 22 July 2021

PROGRAM BACAAN YASIN & TAHLIL SIRI 1 ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN ISLAM DAN DAKWAH KELAB BELIA GUNONG






"PROGRAM BACAAN YASIN & TAHLIL SIRI 1 ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN ISLAM DAN DAKWAH KELAB BELIA GUNONG"

23 Julai 2021,Gunong - Kelab Belia Gunong telah menganjurkan Program Bacaan Yasin & Tahlil Siri 1 pada 22 Julai 2021 jam 8 malam secara atas talian melalui Platform Google Meet.

Saudara Muhammad Azam Bin Ismail selaku EXCO Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi Biro Pembangunan Islam Dan Dakwah Kelab Belia Gunong berkata,program ini adalah program Siri 1 Kelab Belia Gunong bagi mendekati golongan belia dan beliawanis di musim pkp ini.

Insya Allah  Program Bacaan Yasin & Tahlil Siri seterusnya akan diteruskan pada tarikh akan diwar-warkan kelak.


Beliau memaklumkan program semalam telah dimulakan dengan bacaan Yasin,tahlil dan sedikit pengisian iaitu mengalunkan takbir raya .Selepas selesai takbir raya,sedikit perkongsian ilmu HADIS 40(Imam An-Nawawi) iaitu dimulakan dengan Hadis 1 bertajuk "Setiap Amalan Bergantung Kepada Niat".

Walaubagaimanapun,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir dan program kali ini diserikan dengan kehadiran  Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong,Muhamed Zaharin Bin Azhar selaku EXCO Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi Biro VAV Kelab Belia Gunong dan Nik Mohd Asraf Bin Nik Kob selaku Ketua Penerangan Kelab Belia Gunong.

Jom daftar ahli Kelab Belia Gunong.Untuk Pendaftaran Keahlian Kelab Belia Gunong boleh tekan link di bawah :-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgCFJr29zqA5pohfwf9Qs4WCKp5FgSP21f_8AACleKGh4ZMg/viewform?fbclid=IwAR3nG4wN57_4_zUvYXWnfd0koLWbVHLFCQFPtsyab29zyMh1STzSwxCSiCE

     Kepada anda yang ingin bantu Kelab Belia Gunong  untuk memperkasakan lagi program-program kebajikan ataupun kemasyarakatan.Boleh salurkan ke akaun bank kami seperti dibawah :-


03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong ditalian 011-37476596  bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Kelab Belia Gunong.
Terima Kasih atas sokongan padu anda untuk Kelab Belia Gunong.

#KitaJagaKita #KelabBeliaGunong #BeliaGunong #BeliawanisGunong #KeluargaBeliaGunong


 

No comments:

Post a Comment