Thursday 22 July 2021

KELAB BELIA GUNONG SERTAI SESI LIBAT URUS KANVAS VISI SUKAN NEGARA 2030 PERINGKAT DAERAH SIRI 2 NEGERI KELANTAN










"KELAB BELIA GUNONG  SERTAI  SESI LIBAT URUS KANVAS VISI SUKAN NEGARA 2030 PERINGKAT DAERAH SIRI 2 NEGERI KELANTAN"

23 Julai 2021 - Kelab Belia Gunong telah sertai Sesi Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negera Peringkat Daerah Siri 2 Negeri Kelantan yang melibatkan Daerah Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu dan Bachok telah diadakan pada 18 Julai 2021 jam 2.30 petang melalui platform zoom meeting.

Wakil Kelab Belia Gunong diwakili oleh saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong.

Saudara Ahmad Faris berkata,sesi libat urus kanvas Visi Sukan Negara 2030 ini amat bermanfaat bagi penggiat sukan malahan saf kepimpinan Persatuan Sukan termasuklah Persatuan Belia.Beliau juga melontarkan beberapa cadangan untuk lokalti Kawasan Gunong dan berdekatan seperti mengharapkan pihak kerajaan semak kembali status kemudahan yang telah dibina dalam kawasan Dun Jelawat.Kemudahan yang telah dibina seperti Gelanggang Futsal outdoor.Demi mencapai Visi Sukan Negara 2030,pelapis atlet di peringkat sekolah amat memerlukan sebelum mereka teruskan perjuangan ke peringkat yang lebih tinggi.

Kemudahan tersebut amat rugi jikalau dibiarkan dan menjadi "GAJAH PUTIH".Demi Visi Sukan Negara 2030,kita harus berganding bahu kerjasama mencapai hasrat cita-cita tersebut agar dapat direalisasikan bermula di peringkat bawahan akar umbi sehinggalah Profesional.Selain itu,pemerkasaan kejurulatihan amat perlu dititik beratkan darisegi memperkasakan lagi kursus-kursus kejurulatihan demi mencari jurulatih yang diiktiraf.

Dif VIP yang hadir dalam Sesi Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negera Peringkat Daerah Siri 2 Negeri Kelantan ialah Yang Berhormat Ustaz Wan Roslan Wan Hamat selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan Dan NGO Negeri Kelantan merangkap Adun Pengkalan Kubor dan Puan Laila Nazura Binti Nawi selaku Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan.

Manakala 1 Moderator dan 2 Ahli Panel jemputan yang tidak asing lagi Prof. Dr. Hairul Anuar Bin Hashim selaku Timbalan Dekan Penyelidikan Dan Inovasi Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia merangkap moderator program kali ini.2 Ahli Panel jemputan program kali ini ialah Dr Adam Abdul Malik selaku Pensyarah Sains Sukan dan Kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia(Panel 1) manakala En. Imran Bin Mansoor selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan(Panel 2).
 

 Terima Kasih Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tumpat atas jemputan untuk Kelab Belia Gunong sertai program kali ini.Terima Kasih Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan kerana memberi peluang dan ruang kepada penggiat sukan dan belia untuk bersama dalam program yang amat bermakna bagi kami di peringkat akar umbi.

Kongsikan bersama pihak Urusetia Visi Sukan Negara 2030 visi terhadap pembangunan sukan negara di pautan seperti berikut  :-

https://vsn2030.my/aspiration/create

Berminat untuk sertai Kelab Belia Gunong boleh tekan link dibawah :-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgCFJr29zqA5pohfwf9Qs4WCKp5FgSP21f_8AACleKGh4ZMg/viewform?fbclid=IwAR0iAb8NuHnDe_m6e6Z7ZaurGDOuIw7EFQTQRFokdRB6Avb_E-5kslE1jIk

Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada Kelab Belia Gunong  untuk memperkasakan lagi program-program dibawah Kelab Belia Gunong boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama Kelab Belia Gunong seperti berikut :-

03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong ditalian 011-37476596  bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Kelab Belia Gunong.
Terima Kasih atas sokongan padu anda untuk Kelab Belia Gunong. #KitaJagaKita #KelabBeliaGunong #BeliaGunong #BeliawanisGunong #KeluargaBeliaGunong

 

No comments:

Post a Comment