Sunday 19 July 2020

TABUNG WAKAF PEMBINAAN PAGAR MAAHAD TAHFIZ TARBIAH AL-MUHAJIRIN GUNONG BACHOK KELANTAN



MOHON BANTULAH SEBERAPA BANYAK YANG DAPAT UNTUK AKHIRAT JUA,SESIAPA YANG BERMINAT ATAU MAHU BERI PERTOLONGAN TERUS BERJUMPA PIHAK PENGURUSAN,SAYA SENDIRI AKAN ADAKAN PERTEMUAN,KITA TERIMA APA JUA BENTUK SUMBANGAN INI UNTUK PUSAT PENGAJIAN ISLAM,ALIRAN AGAMA ALLAH,BELAJAR UNTUK JIHAD ILMU ISLAM,SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI UNTUK SEMUA YANG MEMBANTU*

#JomBersedekah

Saturday 4 July 2020

KUNJUNGAN SANTAI WAKIL KELAB BELIA GUNONG KE ASRAMA KASIH YAYASAN BASMI KEMISKINAN(YBK)SERENDAH


"KUNJUNGAN SANTAI WAKIL KELAB BELIA GUNONG KE ASRAMA KASIH YAYASAN BASMI KEMISKINAN(YBK)SERENDAH"
4 Julai 2020

SERENDAH -  Kelab Belia Gunong terus mengorak langkah dalam mempelbagaikan program amnya program kebajikan.Sebanyak 50 helai pakaian terpakai yang disumbang dariapada orang ramai telah disampaikan kepada Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK) Serendah.

Pengerusi Kelab Belia Gunong,Ahmad Faris berkata seramai 160 orang penghuni di Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)Serendah meliputi 70 Orang Lelaki dan 90 Orang Perempuan yang telah diberi penerangan oleh Encik Khuzaimi selaku Warden Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK)Serendah semasa beliau mengadakan kunjungan santai semalam.

Beliau berkata pihaknya mengalukan sumbangan orang ramai untuk memperkasakan lagi program kebajikan dibawah Kelab Belia Gunong.Beliau mengalukan sumbangan orang ramai dalam bentuk barangan seperti pakaian terpakai,barangan dapur,barangan asas seperti beras,telur dan lain-lain.

Selain itu,Kelab Belia Gunong juga menganjurkan Program Wakaf Beg Sekolah untuk Pelajar yang asal daripada keluarga tidak berkemampuan.Tahun 2019 sebanyak 20 beg sekolah telah disampaikan untuk fasa 1 melalui bantuan sokongan daripada Persatuan Beg Sekolah Malaysia.

Untuk makluman lanjut hubungi urusetia Kelab Belia Gunong ditalian 0199685940(Azuwan) dan 0169519790(Ain) ataupun email ke kelabbeliagunong@gmail.com

Berita Disunting oleh :  (BIRO PENERANGAN KELAB BELIA GUNONG)