Sunday 1 August 2021

KELAB BELIA GUNONG MENGANJURKAN KLINIK ONLINE BELIA GUNONG SIRI 1/2021











"KLINIK ONLINE BELIA GUNONG SIRI 1/2021"

2 Ogos 2021 - Kelab Belia Gunong telah menganjurkan program secara atas talian yang diberi tajuk "Klinik Online Belia Gunong Siri 1/2021.Program tersebut telah diadakan pada  30 Julai 2021 jam 9 malam.

Klinik Online Belia Gunong Siri 1/2021 menampilkan 3 orang Ahli Panel iaitu Encik Suhail selaku Pegawai Tugas-Tugas Khas YB Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat,Encik Hafizul Nizam selaku YDP Majlis Belia Negeri Kelantan dan Encik Edi selaku CEO WCO Solution Enterprise.

Moderator kali ini dikendalikan oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong.Alhamdulillah kali ini penganjur hanya menjemput Kelab Belia Kg Kuin Pasir,Kelab Belia Wakaf Zin dan MAYC Kawasan Bachok bagi memantapkan lagi sesi penerangan untuk golongan belia berpersatuan.

Beberapa perkara telah diterangkan seperti Saluran Bantuan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat,Pembangunan Belia dan Kempen Minyak Masak Terpakai(WCO)-Trash Oil To Money.

Terima Kasih kepada semua yang telah menyertai program kali ini

 Jom daftar ahli Kelab Belia Gunong.Untuk Pendaftaran Keahlian Kelab Belia Gunong boleh tekan link di bawah :-


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgCFJr29zqA5pohfwf9Qs4WCKp5FgSP21f_8AACleKGh4ZMg/viewform?fbclid=IwAR3nG4wN57_4_zUvYXWnfd0koLWbVHLFCQFPtsyab29zyMh1STzSwxCSiCE

     Kepada anda yang ingin bantu Kelab Belia Gunong  untuk memperkasakan lagi program-program kebajikan ataupun kemasyarakatan.Boleh salurkan ke akaun bank kami seperti dibawah :-


03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong ditalian 011-37476596  bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Kelab Belia Gunong.
Terima Kasih atas sokongan padu anda untuk Kelab Belia Gunong.

#KitaJagaKita #KelabBeliaGunong #BeliaGunong #BeliawanisGunong #KeluargaBeliaGunong


No comments:

Post a Comment