Saturday 3 April 2021

JOM DAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN MyVaC DI BACHOK



Sukarelawan diperlukan untuk menyokong program penvaksinan Malaysia.
Pendaftaran MyVac (Malaysian Vaccine Volunteers Support)
kini dibuka kepada orang ramai melalui laman web https://www.myvac.com.my.
MyVAC terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Orang ramai boleh mendaftar sama ada sebagai sukarelawan am ataupun sukarelawan perubatan, dan ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negara.
Mereka juga boleh memilih lokasi dan masa mengikut kelapangan masing-masing.
Maklumat tentang MyVac boleh didapati di laman web https://www.myvac.com.my.
Harap dapat dihebahkan kepada semua rakyat Malaysia.
#kitajagakita dan marilah kita Lindungi Diri, Lindungi Semua.
Jom Daftar Sebagai Sukarelawan MyVac !!!



 

No comments:

Post a Comment