Saturday, 15 May 2021

SINAR AIDILFITRI 1442 KELAB BELIA GUNONG KERJASAMA J&T GUNONG



"SINAR AIDILFITRI 1442  KELAB BELIA GUNONG KERJASAMA  J&T GUNONG"

Bukit Temalong,12 Mei 2021 - Kelab Belia Gunong mengadakan ziarah Sinar Aidilfitri 1442H ini bagi mewakili hamba Allah daripada Johor untuk menyampaikan sedikit cenderahati "Barangan Asas" bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma.

Delegasi Kelab Belia Gunong diwakili oleh Saudara Muhammad Azwan selaku EXCO Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Usahawan dan Ekonomi Kelab Belia Gunong  mengiringi wakil J&T Gunong iaitu Saudari Nurul bagi menyampaikan  "BARANGAN ASAS" kepada ibu 3 orang anak yatim (Nur Fidyana Damiela Binti Mohd Fairul,Nor Damia Damiela Binti Mohd Fairul dan Nor Danisha Damiela Binti Mohd Fairul).Cik Damiela Ikhwan telah kehilangan suami tercinta tahun lepas 2020.Allahyarham Suami beliau  berasal daripada Felda Bukit Batu Kulai Johor.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh Kepimpinan Kelab Belia Gunong,J&T Gunong dan hamba Allah daripada Johor atas sumbangan ini bagi meringankan sedikit beban bagi menempuhi syawal 1442H.Beliau juga mengharapkan lebih ramai lagi hamba-hamba Allah membantu Kelab Belia Gunong untuk menyalurkan sumbangan ikhlas bagi memperkasakan lagi ziarah kebajikan untuk golongan asnaf,Oku,anak yatim dan balu.

Kelab Belia Gunong adalah salah satu platform terbaik setakat ini yang telah saya tengok untuk golongan belia dan beliawanis untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.

Damiela Ikhwan juga berkata,beliau mengucapkan terima kasih kepada wakil Kelab Belia Gunong iaitu Saudara Muhammad Azwan selaku EXCO Kelab Belia Gunong serta Cik Nurul Wakil J&T Gunong sudi turun ziarah anak beliau.Beliau juga mendoakan agar hamba Allah daripada Johor dan Kuala Lumpur terus dimurahi rezeki berlimpah ruah,dipermudahkan segala urusan,dipanjangkan umur,dilindungi Allah S.w.t dan dipercepatkan jodoh.

Selain itu,saudara Azwan selaku EXCO Kelab Belia Gunong mengalukan seluruh Warga Bachok,Warga Kelantan dan Seluruh Rakyat Malaysia sama-sama kita berkongsi rezeki walaupun RM1.

Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong seperti berikut :-
03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda sumbang mohon hantar resit ke talian 019-9685940(Azuwan).

Semoga anda semua terus dimurahi rezeki.Terima Kasih atas sokongan anda kepada kami.

#KelabBeliaGunong 
#KelabBeliaGunong #BiroUsahawanDanEkonomiKelabBeliaGunong
#Bachok #Kelantan #J&TGunong

 

 

TRAGEDI PENGHUJUNG RAMADHAN 1442HIJRAH















 

"TRAGEDI PENGHUJUNG RAMADHAN 1442HIJRAH"

Kuala Lumpur,8 Mei 2021 - Kelab Belia Gunong mengadakan ziarah bertemu Mohd Fizal Bin Mohd Shuhimi berumur 40tahun menghubungi pihak Kelab Belia Gunong melalui Saudara Muhammad Azuwan selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong.

Saudara Mohd Fizal memohon sedikit bantuan untuk menampung kos beliau berpindah ke tempat baru kerana tempat kediaman beliau terbakar.Saudara Muhammad Azuwan selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong atas inisiatif usaha dibuat bagi membantu Saudara Fizal.

Terima Kasih kepada Hamba Allah daripada Perak bantu dan mewakilkan kepada pihak kami bagi menyerahkan sumbangan sebanyak RM70 kepada Saudara Fizal berasal daripada Simpang Parlimen Taiping.

Ayuh jom support Kelab Belia Gunong bagi memperkasakan lagi program kebajikan kami.Anda salurkan sumbangan kepada kami bagi memperluaskan dan permudahkan bantuan yang kami akan salurkan kepada mereka yang memerlukan.Salurkan Sumbangan anda ke akaun bank Kelab Belia Gunong seperti berikut :-

03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda sumbang mohon hantar resit ke talian 019-9685940(Azuwan).

Semoga anda semua terus dimurahi rezeki.Terima Kasih atas sokongan anda kepada kami.

#KelabBeliaGunong 

 

Saturday, 8 May 2021

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 JAJAHAN BACHOK


"PROGRAM IMUNISASI COVID-19 JAJAHAN BACHOK"

Tangok,8 Mei 2021 - Kelab Belia Gunong telah menghantar wakilnya ke Program Imunisasi Covid-19 Jajahan Bachok.

Delegasi Sukarelawan Kelab Belia Gunong diwakili oleh Saudara Shakir dan 4 orang lagi Sukarelawan daripada Kelab Belia Gunong yang telah menyertai MyVac.

Saudara Shakir berkata,beliau bersama rakannya yang lain telah "DIVAKSIN".Beliau menyarankan agar Seluruh Belia Dan Beliawanis Sekitar Gunong dan Bachok daftarkan diri sebagai penerima Vaksin.

Masih belum mendaftar?
Daftar untuk vaksinasi melalui Aplikasi MySejahtera atau

https:/vaksincovid.gov.my./panduan

Selain itu,shakir mengalukan kepada Seluruh Belia Dan Beliawanis Sekitar Bachok khas di Gunong sertai Sukarelawan MyVac.

Daftar Sebagai Sukarelawan MyVac :

https://www.myvac.com.my

Sama-sama kita mendoakan agar pandemik Covid-19 berakhir.Ayuh semua,kita masih belum MENANG.Jom sama-sama kita mendoakan agar pandemik Covid-19 berakhir.

#KelabBeliaGunong
#MyVac
#SayaTelahDivaksin
#ProgramImunisasiCovid19JajahanBachok
#LindungiDiriLindungiSemua
#KitaJagaKita
#KBS
#MOSTI
#KPT
#JBSN

 

Thursday, 6 May 2021

SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA 5 ORANG SUKARELAWAN MYVAC MEWAKILI KELAB BELIA GUNONG


"SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA 5 ORANG SUKARELAWAN MYVAC MEWAKILI KELAB BELIA GUNONG"

Tangok,6 Mei 2021 - Kelab Belia Gunong menghantar 5 Orang Sukarelawannya untuk menjadi salah seorang Sukarelawan MyVac Daerah Bachok.

Sukarelawan daripada Kelab Belia Gunong iaitu diwakili oleh Saudara Hafizudin,Saudara Shakir dan 3 orang lagi sukarelawan daripada Permatang Pasir dan Telaga Ara.

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong mengucapkan selamat berkhidmat kepada sukarelawan-sukarelawan yang mewakili Kelab Belia Gunong.

Saudara Ahmad Faris berkata,ini salah satu insiatif kepimpinannya untuk mendekatkan belia bersama masyarakat.Kepimpinan beliau juga menyarankan kepada belia-belia yang berkelapangan untuk sertai Sukarelawan MyVac.

Kepada yang belum mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Myvac boleh Daftar di link seperti berikut :
http://www.myvac.com.my

Selain itu,saudara Ahmad Faris berkata,Kelab Belia Gunong mengharapkan kepada semua belia dan beliawanis di Sekitar Kampung Gunong ataupun Mukim Gunong yang belum bekerja bolehlah daftarkan diri anda sebagai Sukarelawan MyVac secara Sepenuh Masa.

Seluruh Kepimpinan Kelab Belia Gunong mengucapkan selamat berkhidmat kepada 5 Orang Sukarelawan daripada Kelab Belia Gunong yang sertai Sukarelawan MyVac.Selamat Berkhidmat Kalian Semua.Kalian Semua pelapis masa depan negara.

#LindungiDiriLindungiSemua #KitaJagaKita #KamiTakRamaiTapiKamiAda  #KelabBeliaGunong #TerusBerkhidmat 
 

Thursday, 29 April 2021

RM7,000 DIPERLUKAN UNTUK PEMBEDAHAN KPL ZUHADI


[ BULETIN KELAB BELIA GUNONG 30 APRIL 2021 ]

Bukit Temalong - Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong hari ini dapat berita bahawa KPL Zuhadi masih lagi tidak sedarkan diri.KPL Zuhadi berasal dari Bukit Temalong.

KPL Zuhadi memerlukan RM7,000 bagi menampung kos pembedahan beliau yang merangkumi memasang besi pada tangan patah,tulang pinggul dan tiub ke otak.Selain itu,KPL Zuhadi memerlukan pembedahan lubang di bahagian tengkok untuk penafasan.

Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong mengalukan kepada hamba Allah yang ingin menyalurkan sumbangan mengikut kemampuan anda boleh salurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional seperti berikut 0310929000163861(Hasniwati Binti Hashim-Isteri kepada KPL Zuhadi).KPL Zuhadi sekarang berada di HUSM Kubang Kerian Kelantan

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Hasniwati Binti Hashim merupakan Isteri kepada KPL Zuhadi ditalian 018-2893639

Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban dan sama-sama kita berdoa agar KPL Zuhadi cepat sembuh.

"Hulurkan Bantuan,Ringankan Beban Yang Memerlukan"

#BuletinKelabBeliaGunong #HulurkanBantuanRingankanBeban #KPLZuhadi #BukitTemalong

 

Monday, 12 April 2021

ZIARAH RAMADHAN MAJLIS TERTINGGI DAN BEBERAPA ORANG JAWATANKUASA KELAB BELIA GUNONG






ZIARAH RAMADHAN MAJLIS TERTINGGI DAN BEBERAPA ORANG JAWATANKUASA KELAB BELIA GUNONG

Gunong - Kepimpinan tertinggi Kelab Belia Gunong mengadakan sesi Ziarah Ramadhan agihan Kurma Ramadhan kepada beberapa orang Jawatankuasa bagi memberi penghargaan kepada mereka atas sukarelawan memperkasakan program dibawah Kelab Belia Gunong sebelum ini.

Penerima kurma Ramadhan ialah Nik Ashraf selaku Ketua Penerangan Kelab Belia Gunong,Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong,Ekin selaku Penolong Setiausaha Kelab Belia Gunong,Ain Syuhada selaku Setiausaha Kelab Belia Gunong dan Hafizudin selaku Pengerusi Jawatankuasa E-Sport Kelab Belia Gunong.

Ziarah kali ini diwakili oleh kedua tokoh kepimpinan tertinggi Kelab Belia Gunong iaitu Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong dan Saudara Muhammad Azuwan Bin Mazelam selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua Belia Dan Beliawanis Seluruh Kawasan Gunong dan Seluruh Dunia.Semoga Ibadah Puasa tahun ini dapat bawa bekal kita ke akhirat sana.

#TerusBerkhidmat #KelabBeliaGunong #SelamatBerpuasa #KurmaRamadhan #KeluargaKelabBeliaGunong #MajlisTertinggi




 

Saturday, 3 April 2021

JOM DAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN MyVaC DI BACHOK



Sukarelawan diperlukan untuk menyokong program penvaksinan Malaysia.
Pendaftaran MyVac (Malaysian Vaccine Volunteers Support)
kini dibuka kepada orang ramai melalui laman web https://www.myvac.com.my.
MyVAC terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Orang ramai boleh mendaftar sama ada sebagai sukarelawan am ataupun sukarelawan perubatan, dan ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negara.
Mereka juga boleh memilih lokasi dan masa mengikut kelapangan masing-masing.
Maklumat tentang MyVac boleh didapati di laman web https://www.myvac.com.my.
Harap dapat dihebahkan kepada semua rakyat Malaysia.
#kitajagakita dan marilah kita Lindungi Diri, Lindungi Semua.
Jom Daftar Sebagai Sukarelawan MyVac !!!