Saturday 11 April 2020

PROGRAM ZIARAH COVID-19 SIRI 4 MAYC KAWASAN BACHOK











PROGRAM ZIARAH COVID-19 |MAYC KAWASAN BACHOK | SIRI 4 |2020
  

Tarikh  : 11 April 2020(Sabtu)
Anjuran  : Mayc Kawasan Bachok

Anjuran Bersama : Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong

Bachok  : Kelab Belia Gunong terus mengadakan ziarah Covid-19 dengan dibantu oleh Kepimpinan Mayc Kawasan Bachok.Terima Kasih kepada penderma yang sudi membantu program kebajikan dibawah kelolaan Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong.Saudara Muhammad Azuwan selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong hari ni turun mengadakan ziarah Covid-19 ke dua buah rumah di Kampung Bukit Temalong sebuah dan Kampung Bakong Sebuah.Pihaknya amat memahami keluhan yang dihadapi kita semua semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 ini.Pihaknya telah mewujudkan satu Tabung Covid-19 Kelab Belia Gunong bagi memberi peluang kepada dermawan-dermawan diluar sana bagi menghulurkan sumbangan.Dermawan-dermawan yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda ke akaun bank Kelab Belia Gunong seperti berikut 03009-41-00007418-2(Bank Simpanan Nasional) atau ingin sumbang barangan asas seperti beras,minyak masak dan lain-lain amat kami alu-alukan.Semoga sumbangan kalian semua hanya Allah S.w.t. dapat menilainya sambil kita berdakwah dengan niat baik.

Muhammad Azuwan berkata,iniasitif ini telah diilhamkan oleh tuan Pengerusi Mayc Kawasan Bachok sambil mengadakan Kempen Pendaftaran Keahlian Kelab Belia Gunong.Saya juga selaku Timbalan Pengerusi Mayc Kawasan Bachok memikul tugas tanggungjawab dalam kawasan bagi memperkasakan Cawangan Utama Mayc Kawasan Bachok ini iaitu Kelab Belia Gunong.Setakat hari ini Mayc Kawasan Bachok mempunyai 3 badan gabungan iaitu Kelab Belia Gunong,Kelab Belia Wakaf Zin dan Kelab Belia Kg Kuin Pasir Jelawat.Pihak Kepimpinan Mayc Kawasan Bachok membuka peluang kepada anda yang ingin menyumbang untuk Program Kebajikan dibawah kendalian Kelab Belia Wakaf Zin.Anda ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan tersebut ke akaun Kelab Belia Wakaf Zin (0300341100004494)Bank Simpanan Nasional ataupun sumbangan barangan asas seperti beras,minyak masak,roti dan lain-lain amat dialu-alukan

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada dermawan-dermawan yang membantu Program Kebajikan Dibawah Mayc Kawasan Bachok dan Gabungan-Gabungan Mayc Kawasan Bachok.Semoga anda semua terus dimurahi rezeki,perniagaan terus maju,dipercepatkan jodoh,dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan sentiasa.

Sebarang Pertanyaan Ataupun Untuk Hubungi Urusetia Bagi Menghulurkan Sumbangan Boleh Hubungi Ditalian :

Mayc Kawasan Bachok  :
Zaharin Azhar : 013-6149369

Kelab Belia Gunong :
Azuwan : 019-9685940
Ain  : 0169519790

Kelab Belia Wakaf Zin :

Hajar  :012-6512049

Kelab Belia Kg Kuin Pasir Jelawat :

Wan Arishah : 011-11453157


SEMOGA ANDA SEMUA TERUS DIMURAHI REZEKI DALAM MEMBANTU PROGRAM AMAL KAMI.

#MyMayc #MaycCare #MaycKawasanBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaWakafZin #KelabBeliaKgKuinPasirJelawat #StayAtHome #JustStayAtHome

No comments:

Post a Comment