Thursday 9 April 2020

PROGRAM ZIARAH AMAL COVID-19 SIRI 3 2020








PROGRAM ZIARAH AMAL COVID-19 | SIRI 3 2020


Alhamdulillah, pada Khamis, 9 April 2020, MAYC Kawasan Bachok telah bekerjasama bersama dengan Alumni Parlimen Belia Malaysia dan BNYV Kelantan dalam program ini. Kami telah menyerahkan barangan asas kepada pihak yang memerlukan di Bukit Chenda, Telong dan Melawi yang berada dalam Jajahan Bachok.Wakil kami iailah Saudara Muhamamd Azuwan selaku Timbalan Pengerusi Mayc Kawasan Bachok merangkap Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong dan Saudara Zaharin Azhar selaku Setiausaha Kerja Mayc Kawasan Bachok.

Alhamdulillah seorang pak cik yang tular tempoh hari dari Melawi juga kami santuni. Dia yang lebih dikenali sebagai Tok Ayah, hanya memasak menggunakan dapur kayu api. Dia sangat berterima kasih kerana kami membantu sedikit sebanyak dan meringan bebannya.

Alhamdulillah, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para dermawan yang menyalurkan sumbangan kepada pihak kami. Syukur alhamdulillah.

 Saudara Azuwanberkata,beliau mengharapkan sesiapa yang ingin membantu menjayakan Program Kebajikan dibawah kendalian Mayc Kawasan Bachok boleh menyalurkan sumbangan tersebut ke akaun bank 03009-41-00007418-2(Kelab Belia Gunung/Bank Simpanan Nasional) atau hubungi pihaknya ditalian 0199685940(Azuwan Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong merangkap Timbalan Pengerusi Mayc Kawasan Bachok) dan 0136149369(Zaharin Azhar Setiausaha Kerja Mayc Kawasan Bachok)

Sama-sama kita patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19.Sama-sama kita doakan agar Covid-19 dinyahkan di bumi Malaysia dan Kelantan.

#BNYVkelantan
#BNYVmy
#AlumniParlimenBeliaMalaysia
#MAYCBachok
#KelabBeliaGunong
#TerusBerjuang
#InilahMasanya
#BiarkanKitaDirasai



No comments:

Post a Comment