Monday, 24 June 2019

KUNJUNGAN PENGERUSI KELAB BELIA GUNONG BERTEMU YB CIKGU HAJI ABDUL AZZIZ KADIR


1 Jun 2019
Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong berkunjung secara santai ke Pejabat Khidmat Masyarakat N22 Dun Jelawat bertemu dengan Yb Cikgu Haji Abdul Azziz Kadir bagi menyuarakan pemasalahan isu air Di Kampung Gunong.
Kami berharap pihak YB dapat membantu kami di akar umbi untuk kami menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna... Terima kasih YB Cikgu Haji Abdul Azziz Kadir Adun Jelawat sudi mendengar rintihan belia demi kesejahteraan dan kemudahan kita bersama... Pihak Yb telah ajukan perkara ini kepada JJ AKSB.....Doakan yang Terbaik demi kemudahan kita bersama....
"TERIMA KASIH YB"

KUNJUNGAN PENGERUSI KELAB BELIA GUNONG BERTEMU DO BACHOK UNTUK MENYELESAIKAN ADUAN BELIA


2 Jun 2019
Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong mengadakan kunjungan santai bertemu Yang Berusaha Haji Nik Mohamed Noor Bin Nik Ishak merupakan Ketua Jajahan Bachok(Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok) bagi menyuarakan aduan oleh belia Gunong tentang isu pemasalahan Air di Kampung Gunong.
Alhamdulillah dan Terima kasih kerana sudi bantu kami di akar umbi.Beliau telah maklum terus kepada JJ AKSB bagi tindakan seterusnya.Doakan agar dipermudahkan urusan kita semua Untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna.
"TERIMA KASIH DO BACHOK"

UCAPAN RAYA 2019 OLEH PENGERUSI KELAB BELIA GUNONG


Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilham 

Syawal Bakal Menjelang Tiba, 
Pantun dikirim Sempena Hari Raya,,

Anak kucing terpijak duri,
Menjerit-jerit macam nak mati,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

Panas sungguh Gunong Berapi,
Cantik sungguh Gunong Kinabalu,
Anak Muda Ramai Berbaju Baru,
Kemaafan Dipinta harap kita buka Buku Baru.

Ketupat lemang Di pagi Syawal,
Riuh rendah gema gempita,
Asal usul kita jangan lupa,
Saya Ucapkan Selamat Hari Raya.

🎊🎉Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin🎉🎊

Design E-Kad Raya : Muhammad Azuwan Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong

Kepada anak Muda Gunong di perantauan,berhati2 memandu ingatlah orang tersayang...

Solluallaik
Ahmad Faris Bin Yusof
Pengerusi Kelab Belia Gunong
Exco MAYC Negeri Kelantan
Pengerusi Persatuan Sukan Berkuda Amatur Negeri Kelantan

UCAPAN RAYA 2019 TIMBALAN PENGERUSI KELAB BELIA GUNONG


ALLAHUAKHBAR..ALLAHUAKHBAR..ALLAHUAKHBAR WALILLAH ILHAM..

ASSALAMUALAIKUM WBT..ALHAMDULLILAH,SETELAH HAMPIR SEBULAN UMAT ISLAM BERPUASA, KINI SYAWAL MENJELMA TIBA..SEMOGA SEGALA AMALAN KITA PADA BULAN RAMADHAN TAHUN INI DI TERIMA OLEH ALLAH SWT SERTA DI PANJANGKAN UMUR AGAR DAPAT BERTEMU BULAN RAMADHAN TAHUN HADAPAN..SAYA DI SINI INGIN MEMPERINGATKAN KEPADA ANAK-ANAK PERANTAU AGAR MEMANDU DENGAN BERHATI-HATI DI JALAN RAYA SUPAYA TIDAK BERLAKU HAL YANG TIDAK DIINGINI TERJADI, OLEH ITU RANCANGLAH PERJALANAN ANDA DENGAN SEBAIKNYA.. PANDULAH SECARA BERHEMAH INGATLAH KELUARGA YG TERSAYANG..KEPULANGAN ANDA DI NANTIKAN OLEH KEDUA IBUBAPA SERTA SANAK SAUDARA MARA DI KAMPUNG UNTUK BERAYA BERSAMA..DALAM KITA BERGEMBIRA MENYAMBUT SYAWAL JANGAN LUPA PADA MEREKA YG DALAM SERBA KEKURANGAN DAN BANTULAH MEREKA DGN SEBAIKNYA AGAR MEREKA JUGA DPT MENYAMBUT SYAWAL DGN SENYUMAN YG CERIA..SEKIAN DARI SAYA..

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa

Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata

Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa

Mohon kemaafan untuk segala-galanya

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Tulus Ingatan,

Muhammad Azuwan Bin Mazelam
Timbalan Pengerusi
Kelab Belia Gunong

29 & 30 Ramadhan 1440 H Program Make Colek Gu-Mayc & Program Singgah Sahuru 1440 H




















29 & 30 Ramadhan 1440 H
Program Make Colek Gu-Mayc & Program Singgah Sahuru 1440 H
Terima kasih Mayc Negeri Kelantan dan Persatuan Permotoran Negeri Kelantan sudi jemput kami untuk sertai program ini.
Wakil Kelab Belia Gunong :-
1.Saudara Ahmad Faris Yusof (Pengerusi)
2. Saudara Faris Hakimi (Wakil Biro Agama Dan Kerohanian)
3. Saudara Hafizudin (Wakil Biro Agama Dan Kerohanian)
4. Saudara Shakir(Wakil Biro Agama Dan Kerohanian)
5.Saudara Zamani(Wakil Biro Penerangan Dan Publisiti)
Terima kasih YB Abe Din (Presiden MAYC Kebangsaan), Encik Mohd Hakimi (Pengerusi Mayc Negeri Kelantan) dan Encik Long(Timbalan Presiden Persatuan Permotoran Negeri Kelantan)
Tidak lupa Kepada 4 orang Sukarelawan Kelab Belia Gunong yang mewakili Biro mereka sudi korbankan Masa Untuk menyertai program Sukarelawan dalam Bulan Ramadhan 1440H

Program Santuni Gelandangan 30 Ramadhan 1440H




Program Santuni Gelandangan 30 Ramadhan 1440H
Masa : 4.00 Pagi
Tempat : Dataran Muhammadi Kota Bharu
Disertai oleh :
1.Saudara Ahmad Faris Yusof (Pengerusi)
2. Saudara Faris Hakimi (Wakil Biro Agama Dan Kerohanian)
3. Saudara Hafizudin (Wakil Biro Agama Dan Kerohanian)
4. Saudara Shakir(Wakil Biro Agama Dan Kerohanian)
5.Saudara Zamani(Wakil Biro Penerangan Dan Publisiti)
Terima kasih kepada Penyumbang semoga terus dimurahi rezeki ..Terima kasih kepada semua memberi sokongan padu bagi memperkasakan program bawah Kelab Belia Gunong..Semoga anda semua terus dimurahi rezeki.....
Tidak lupa Kepada 4 orang Sukarelawan Kelab Belia Gunong yang mewakili Biro mereka sudi korbankan Masa Untuk menyertai program Sukarelawan dalam Bulan Ramadhan 1440H

[LIPUTAN AKHBAR SINAR HARIAN EDISI KELANTAN ONLINE] "BULETIN KELAB BELIA GUNONG 10 JUN 2019" KBG singgah ke Rumah Bakti Kedai Buluh




[LIPUTAN AKHBAR SINAR HARIAN EDISI KELANTAN ONLINE]
"BULETIN KELAB BELIA GUNONG 10 JUN 2019"
KBG singgah ke Rumah Bakti Kedai Buluh
KOTA BHARU - Kelab Belia Gunong (KBG) telah mengunjungi Rumah Bakti Kedai Buluh sempena Program Singgah Sahur Jendela Ramadhan Kareem baru- baru ini.
Pengerusi KBG, Ahmad Faris Yusof berkata, program di bawah Biro Keagamaan dan Kerohanian KBG itu diadakan dengan kerjasama Biro Belia dan Sukan Pusat Internet Gunong serta Briged Negaraku dan beberapa individu lain.
"Kami hadir kali ini untuk menyampaikan sedikit sumbangan raya kepada sembilan adik- adik penghuni Rumah Bakti Kedai Buluh mewakili penyumbang yang membantu menjayakan program ini.
"Terima Kasih kepada semua penyumbang yang tidak putus memberi sokongan penuh untuk program tahunan kami ini. Terima Kasih juga kepada adik- adik yang sudi bangun bersahur serta pihak pengurusan yang sudi menerima kunjungan kami," katanya kepada Sinar Harian.
Hadir sama dalam Program Singgah Sahur Jendela Ramadhan 1440H ialah Exco KBG, Muhamad Afif Azli Azman; Dr Muhammad Rashdan Roslan; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badak, Zaharin Azhar; serta beberapa orang sukarelawan KBG.
Lapor Sinar Harian Kota Bharu
ZAIMATULJUWITA AB MANAF
Jom tekan link dibawah :