Monday 24 June 2019

[LIPUTAN AKHBAR SINAR HARIAN EDISI KELANTAN ONLINE] "BULETIN KELAB BELIA GUNONG 10 JUN 2019" KBG singgah ke Rumah Bakti Kedai Buluh




[LIPUTAN AKHBAR SINAR HARIAN EDISI KELANTAN ONLINE]
"BULETIN KELAB BELIA GUNONG 10 JUN 2019"
KBG singgah ke Rumah Bakti Kedai Buluh
KOTA BHARU - Kelab Belia Gunong (KBG) telah mengunjungi Rumah Bakti Kedai Buluh sempena Program Singgah Sahur Jendela Ramadhan Kareem baru- baru ini.
Pengerusi KBG, Ahmad Faris Yusof berkata, program di bawah Biro Keagamaan dan Kerohanian KBG itu diadakan dengan kerjasama Biro Belia dan Sukan Pusat Internet Gunong serta Briged Negaraku dan beberapa individu lain.
"Kami hadir kali ini untuk menyampaikan sedikit sumbangan raya kepada sembilan adik- adik penghuni Rumah Bakti Kedai Buluh mewakili penyumbang yang membantu menjayakan program ini.
"Terima Kasih kepada semua penyumbang yang tidak putus memberi sokongan penuh untuk program tahunan kami ini. Terima Kasih juga kepada adik- adik yang sudi bangun bersahur serta pihak pengurusan yang sudi menerima kunjungan kami," katanya kepada Sinar Harian.
Hadir sama dalam Program Singgah Sahur Jendela Ramadhan 1440H ialah Exco KBG, Muhamad Afif Azli Azman; Dr Muhammad Rashdan Roslan; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badak, Zaharin Azhar; serta beberapa orang sukarelawan KBG.
Lapor Sinar Harian Kota Bharu
ZAIMATULJUWITA AB MANAF
Jom tekan link dibawah :


No comments:

Post a Comment