"GOLONGAN BELIA PERLU BERSUKAN BAGI MENGELAK OBESITI"
Pasir Puteh,31 Januari 2024 - Golongan belia perlu bersukan bagi mengelak obesiti dan berpenyakit.
Encik Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong berkata,golongan belia yang terlibat obesiti amat membimbangkan buat masa kini.Katanya lagi,pihaknya mengatur langkah bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan untuk menganjurkan Program Sukan Rakyat Siri 1 di Kolej Vokasional Pasir Puteh.
Program kali ini demi melatih golongan belia dan beliawanis menganjurkan program sukan sambil sihatkan badan mereka.Selain itu,program ini juga dapat tonjolkan bakat sukan yang ada dalam setiap diri anak-anak muda yang sertai.
Terima kasih Kolej Vokasional Pasir Puteh atas kerjasama yang diberikan.Terima kasih Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Ingin salurkan sumbangan kepada Kelab Belia Gunong,salurkan ke akaun dibawah :
03009-41-00007418-2
BSN Malaysia
(Kelab Belia Gunong )
Selepas anda salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong.Mohon hantar salinan resit ditalian 013-3437086 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Kelab Belia Gunong.
#KelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaGunong
No comments:
Post a Comment