Friday 1 December 2023

ZIARAH KOMUNITI BELIA BAGI BULAN DISEMBER 2023


"ZIARAH KOMUNITI BELIA BAGI BULAN DISEMBER 2023"
1 Disember 2023,Lubok Kuin- Ziarah Komuniti Belia Bulan Disember 2023 telah diadakan di Kampung Lubuk Kuin Tepus.
Kali ini sesi ziarah turun ke Rumah Saudara Zaki Bin Ibrahim yang mengalami sakit gout.Sedikit sumbangan Kelab Belia Gunong disampaikan oleh Encik Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong mewakili Kelab Belia Gunong.
Kami doakan Saudara Zaki cepat sembuh seperti sediakala.Terima kasih "Hamba Allah" yang sentiasa memberi sokongan untuk Kelab Belia Gunong.Sesiapa yang ingin salurkan sumbangan untuk memperkasakan lagi program kebajikan dibawah Kelab Belia Gunong boleh salurkan ke akaun sepertimana di bawah :
03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
Selepas anda salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong.Mohon hantar salinan resit ditalian 013-3437086 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Kelab Belia Gunong.


 

No comments:

Post a Comment