Sunday 3 July 2022

WAKIL KELAB BELIA GUNONG SERTAI KL FREE CAR MORNING SEMPENA BULAN KOPERASI KEBANGSAAN(BKK 2022)


"WAKIL KELAB BELIA GUNONG SERTAI KL  FREE CAR MORNING SEMPENA BULAN KOPERASI KEBANGSAAN(BKK 2022)"

KUALA LUMPUR,3 Julai 2022 - Kelab Belia Gunong mewakili Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok telah menghantar wakil untuk sertai KL Free Car Morning sempena Bulan Koperasi Kebangsaan(BKK2022) di Dataran DBKL  pagi tadi.Wakil Kelab Belia Gunong disertai oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong.

Pelbagai acara menarik dianjurkan oleh pihak penganjur termasuklah acara berbasikal,larian dan berjalan kaki pusing tengah bandar Kuala Lumpur bersama keluarga temasuklah cabutan bertuah.

Program yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur diiringi Dato Suriai Ahmad selaku Ketua Setiausaha Kementerian Usahawan dan Koperasi.Tahniah penganjur yang menganjurkan program sebegini bagi mengisi masa untuk riadah bersama keluarga di Ibu Bandar Kuala Lumpur.

Jom sertai Kelab Belia Gunong boleh tekan link dibawah :
Ingin salurkan sumbangan kepada Kelab Belia Gunong,salurkan ke akaun dibawah :
03009-41-00007418-2
BSN Malaysia
(Kelab Belia Gunong )
Selepas anda salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong ditalian 011-37476596 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Kelab Belia Gunong.

#KelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaGunong


 

No comments:

Post a Comment