KUNJUNGAN BERTEMU PEGAWAI HAL EHWAL AGAMA ISLAM JAJAHAN BACHOK
Terima kasih Ustaz Arif selaku Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Jajahan Bachok atas sudi menerima kunjungan Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.Jalinan Kerjasama Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Jajahan Bachok akan kembali diaktifkan dengan kami termasuklah ahli gabungan MAYC Kawasan Bachok yang lain.
Program yang telah dijalankan sebelum ini seperti berikut :
1. Usrah Belia
2. Kursus Pengurusan Jenazah
3.Pertandingan Azan Belia
4. Tadarus AlQuran Belia
Anda rindukan Program Keagamaan Dan Kerohanian Jasmani dibawah kami?Jom sertai kami dengan mendaftarkan diri anda sebagai Ahli Kelab Belia Gunong.
No comments:
Post a Comment