"KUNJUNGAN SANTAI WAKIL KELAB BELIA GUNONG KE ASRAMA KASIH YAYASAN BASMI KEMISKINAN(YBK)SERENDAH"
4 Julai 2020
SERENDAH - Kelab Belia Gunong terus mengorak langkah dalam mempelbagaikan program amnya program kebajikan.Sebanyak 50 helai pakaian terpakai yang disumbang dariapada orang ramai telah disampaikan kepada Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK) Serendah.
Pengerusi Kelab Belia Gunong,Ahmad Faris berkata seramai 160 orang penghuni di Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)Serendah meliputi 70 Orang Lelaki dan 90 Orang Perempuan yang telah diberi penerangan oleh Encik Khuzaimi selaku Warden Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK)Serendah semasa beliau mengadakan kunjungan santai semalam.
Beliau berkata pihaknya mengalukan sumbangan orang ramai untuk memperkasakan lagi program kebajikan dibawah Kelab Belia Gunong.Beliau mengalukan sumbangan orang ramai dalam bentuk barangan seperti pakaian terpakai,barangan dapur,barangan asas seperti beras,telur dan lain-lain.
Selain itu,Kelab Belia Gunong juga menganjurkan Program Wakaf Beg Sekolah untuk Pelajar yang asal daripada keluarga tidak berkemampuan.Tahun 2019 sebanyak 20 beg sekolah telah disampaikan untuk fasa 1 melalui bantuan sokongan daripada Persatuan Beg Sekolah Malaysia.
Untuk makluman lanjut hubungi urusetia Kelab Belia Gunong ditalian 0199685940(Azuwan) dan 0169519790(Ain) ataupun email ke kelabbeliagunong@gmail.com
Berita Disunting oleh : (BIRO PENERANGAN KELAB BELIA GUNONG)