Wednesday 15 May 2019

PROGRAM ZIARAH IHYA RAMADHAN KAREEM 1440H












10 Ramadhan 1440 H

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong mengadakan ziarah ramadhan kareem 1440H sambil mengedarkan Jadual Berbuka Puasa yang disumbangkan khas daripada Briged Negaraku sebagai tanda tulus ikhlas sempena Ramadhan Kareem...
Insya Allah sesi edaran ini akan diteruskan oleh Saudara Muhammad Azuwanselaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong demi meneruskan ziarah Ramadhan Kareem 1440H..
Kami seluruh Jawatankuasa Kelab Belia Gunong mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Kareem 1440H...
Insya Allah kami akan meneruskan mengadakan program-program yang kecil bagi memperkasakan program belia dibawah Kelab Belia Gunong.
Kami sedang mencari penaja atau penyumbang yang ingin menyumbangkan pakaian raya untuk anak-anak yatim/asnaf di Rumah Bakti Kedai Buluh seramai 9 orang lelaki...Kami sedia mewakili penyumbang bagi menghulurkan sumbangan kepada mereka sempena Ramadhan Kareem...
Sesiapa yang ingin menyumbang pakaian raya atau jubah raya untuk adik-adik Rumah Bakti Kedai Buluh boleh hubungi urusetia Program Singgah Sahur Ramadhan Kareem 1440H anjuran Kelab Belia Gunong ditalian :-
Faris : 019-9524937
Muhammad Azuwan : 019-9685940
Afif Azli Asm :013-3437086
Insya Allah Program Singgah Sahur akan diadakan pada 17 Mei 2019 ...Anda yang ingin menyumbang boleh hubungi kami selewat-lewat jam 9 malam pada 16 Mei 2019...
Kami mendoakan anda semua terus dimurahi rezeki dan terus menyumbang dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan ini

No comments:

Post a Comment