Tuesday 26 June 2018

PERUTUSAN HARI RAYA EIDILFITRI 1439 H/2018 (14 JUN 2018)


PERUTUSAN HARI RAYA EIDILFITRI 1439 H/2018 (14 JUN 2018)


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar, Walillah Hil Hamd

Alhamdulillah sekali lagi kita diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk memperbanyakkan amal ibadat yang telah kita jalankan,diberikan ganjaran yang berlipat ganda hendaknya.

Bersempena Bulan Syawal bakal tiba,saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili Seluruh Kepimpinan Kelab Belia Gunong untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidilfitri,Maaf Zahir Dan Batin.

Semoga Hari Raya Eidifitri ini membawa seribu makna dan kebahagiaan kepada kita bersama.Kepada Anak Perantau Kampung Gunong yang ingin pulang ke Kampung Halaman,berhati-hatilah di jalan raya.Ingatlah,kepulangan kita dinantikan ibu ayah dan sanak saudara tercinta

Dalam kita bergembira menyambut Syawal ini,jangan juga kita lupakan mereka yang kurang berkemampuan,Sekiranya ada rezeki yang berlebihan,hulurkanlah bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Akhir Kata,buat seluruh Belia & Beliawanis Kampung Gunong,Ayuh sertai Kelab Belia Gunong bagi meneruskan misi perancangan pembangunan komuniti belia jangka masa panjang.Ayuh kita realisasikan impian kita untuk dijadikan Kampung Gunong sebagai *ROLE MODEL* kepada kampung lain.

"Setitik Embun Dipohon Rimbun,Di Atap Nipah Air Tergenang,
Dosa Tertimbun Mohon diampun,Silap Dan Salah jangan dikenang"

SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN

Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar, Walillah Hil Hamd

Wassalamualaikum WBT.

"BELIA BERWAWASAN TUNGGAK KEJAYAAN"

AHMAD FARIS BIN YUSOF
Pengerusi Kelab Belia Gunong

No comments:

Post a Comment