Saturday, 5 September 2020

UNDANGAN KE SESI MAKLUM BALAS RAKYAT BERHUBUNG DRAF PELAN TINDAKAN PERPADUAN NEGARA (PTPN)2021-2025 DAERAH BACHOK "BERFIKIR PERPADUAN BERSAMA RAKYAT"

UNDANGAN KE SESI MAKLUM BALAS RAKYAT BERHUBUNG DRAF PELAN TINDAKAN PERPADUAN NEGARA (PTPN)2021-2025 DAERAH BACHOK "BERFIKIR PERPADUAN BERSAMA RAKYAT"
Tarikh : 30 Ogos 2020
Tempat : Sudara Beach Resort
Terima Kasih Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Bachok & Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok kerana sudi menjemput kami mewakili MAYC KAWASAN BACHOK.Wakil Kami seperti berikut :
MAYC KAWASAN BACHOK :
Kelab Belia Gunong :
1. Muhamed Zaharin Azhar
Kelab Belia Pantai Irama
1.Abdul Aziz Bin Ahmad
2. Ahmad Huzaifah Bin Fauzi
Alhamdulillah kami dapat menyertai beberapa program yang telah diadakan.Anda ingin menyertai program untuk mengisi masa lapang anda? Boleh inbox kami untuk daftar ahli sebagai Ahli Persatuan Belia dibawah kami....

Program Sukan Berkuda -15 Ogos 2020 @ Trek Sprintest Pantai Kemasin Bachok.

Kami bawakan khas video Program Sukan Berkuda -15 Ogos 2020 @ Trek Sprintest Pantai Kemasin Bachok.

Jangan Lupa Subscribe,Like & Share.
Tekan Link dibawah untuk tonton :

Sunday, 19 July 2020

TABUNG WAKAF PEMBINAAN PAGAR MAAHAD TAHFIZ TARBIAH AL-MUHAJIRIN GUNONG BACHOK KELANTAN



MOHON BANTULAH SEBERAPA BANYAK YANG DAPAT UNTUK AKHIRAT JUA,SESIAPA YANG BERMINAT ATAU MAHU BERI PERTOLONGAN TERUS BERJUMPA PIHAK PENGURUSAN,SAYA SENDIRI AKAN ADAKAN PERTEMUAN,KITA TERIMA APA JUA BENTUK SUMBANGAN INI UNTUK PUSAT PENGAJIAN ISLAM,ALIRAN AGAMA ALLAH,BELAJAR UNTUK JIHAD ILMU ISLAM,SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI UNTUK SEMUA YANG MEMBANTU*

#JomBersedekah

Saturday, 4 July 2020

KUNJUNGAN SANTAI WAKIL KELAB BELIA GUNONG KE ASRAMA KASIH YAYASAN BASMI KEMISKINAN(YBK)SERENDAH


"KUNJUNGAN SANTAI WAKIL KELAB BELIA GUNONG KE ASRAMA KASIH YAYASAN BASMI KEMISKINAN(YBK)SERENDAH"
4 Julai 2020

SERENDAH -  Kelab Belia Gunong terus mengorak langkah dalam mempelbagaikan program amnya program kebajikan.Sebanyak 50 helai pakaian terpakai yang disumbang dariapada orang ramai telah disampaikan kepada Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK) Serendah.

Pengerusi Kelab Belia Gunong,Ahmad Faris berkata seramai 160 orang penghuni di Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)Serendah meliputi 70 Orang Lelaki dan 90 Orang Perempuan yang telah diberi penerangan oleh Encik Khuzaimi selaku Warden Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK)Serendah semasa beliau mengadakan kunjungan santai semalam.

Beliau berkata pihaknya mengalukan sumbangan orang ramai untuk memperkasakan lagi program kebajikan dibawah Kelab Belia Gunong.Beliau mengalukan sumbangan orang ramai dalam bentuk barangan seperti pakaian terpakai,barangan dapur,barangan asas seperti beras,telur dan lain-lain.

Selain itu,Kelab Belia Gunong juga menganjurkan Program Wakaf Beg Sekolah untuk Pelajar yang asal daripada keluarga tidak berkemampuan.Tahun 2019 sebanyak 20 beg sekolah telah disampaikan untuk fasa 1 melalui bantuan sokongan daripada Persatuan Beg Sekolah Malaysia.

Untuk makluman lanjut hubungi urusetia Kelab Belia Gunong ditalian 0199685940(Azuwan) dan 0169519790(Ain) ataupun email ke kelabbeliagunong@gmail.com

Berita Disunting oleh :  (BIRO PENERANGAN KELAB BELIA GUNONG)

Wednesday, 24 June 2020

PENYERAHAN SIJIL PENYERTAAN PROGRAM RAKAN MUDA TADARUS VIRTUAL PERINGKAT NEGERI KELANTAN YANG MEWAKILI DAERAH BACHOK



24 Jun 2020 :-

Alhamdulllah kami telah berjaya wakil Bachok dalam Program Rakan Muda Tadarus Virtual Peringkat Negeri Kelantan pada 7-26 Ramadhan 1441 Hijrah/30 April-19 Mei 2020.Diwakili oleh tiga wakil kami iaitu :-

MAYC KAWASAN BACHOK :

1.Muhamed Zaharin Azhar(Juz 25)

KELAB Belia Gunong :

1. Ahmad Faris Bin Yusof (Juz 26)
2. Nik Mohd Asraf Nik Kob(Juz 27)


MAYC Kawasan Bachok terus bergerak menyertai beberapa program yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan.Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan atas penganjuran ini.Terima Kasih kepada Puan Nur Amysiah Yusof selaku Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Bachok mewakili Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok sudi memberi peluang kepada kami menyertai program ini.Terima Kasih MAYC Kawasan Bachok sudi memberi kami (Kelab Belia Gunong) hantar wakil ke program manfaat ini.

Anda berminat menyertai kami?Jom daftar ahli sekarang.

Jangan lupa Like Page Facebook dan Follow Instagram :

Facebook Page : Kelab Belia Gunong
Instagram : Kelab Belia Gunog Official
Blogspot : https://kelabbeliagunong.blogspot.com/


#MAYCKawasanBachok #KelabBeliaGunong #BeliaGunong #Bachok #Kelantan