Tuesday, 25 June 2019

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MALAYSIA 2019





22 Jun 2019 (Sabtu)

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong mewakili Kelab Belia Gunong untuk memenuhi jemputan ke Majlis Rumah Terbuka AidilFitri Malaysia 2019. Anjuran Kementerian Pelancongan,Seni & Budaya Malaysia di Muzium Diraja Jalan Istana Kuala Lumpur.Terima Kasih YB Dato Mohamaddin Ketapi Menteri Pelancongan,Seni & Budaya Malaysia dan YB Wan Bakhtiar Timbalan Menteri Pelancongan,Seni & Budaya Malaysia.Saudara Saidin dan Saudara Hanif juga turun bersama selaku Mantan Ahli Parlimen Belia Sabah 2017-2018.Terima Kasih Kementerian Pelancongan,Seni & Budaya Malaysia.Program amat meriah sekali.

WAKIL KELAB BELIA GUNONG HADIR MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI AKADEMI MEMANDU KIST 2019



25 Jun 2019 ( Selasa)

Puan Zaiton dan rakannya hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Akademi Memandu Kist mewakili Kelab Belia Gunong.Terima Kasih Datin Haslina sudi jemput kami untuk hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Akademi Memandu Kist 2019

#KelabBeliaGunong
#AkademiMemanduKist
#KampungTelongKandis
#Bachok
#TeamRayaKelantan

Monday, 24 June 2019

PROGRAM ZIARAH IHYA RAMADHAN 1440H KELAB BELIA GUNONG









PROGRAM ZIARAH IHYA RAMADHAN 1440H KELAB BELIA GUNONG
Tarikh : 31 Mei 2019(Jumaat)
Masa : 5 Petang
Tempat : Sekitar Kampung Keting Dan Kampung Belukar Mukim Gunong
Anjuran : Kelab Belia Gunong 
Kerjasama : Biro Belia Pusat Internet Gunong dan Pusat Internet Gunong
Program kali ini diwakili oleh Saudari Ain Syuhada selaku Setiausaha Kelab Belia Gunong... Terima kasih kepada penyumbang ..Semoga anda semua terus dimurahi rezeki.....

QIAM WITH ME 2019


31 Mei 2019

Qiam With Me 2019

Alhamdulillah selesai sudah Qiam With Me 2019...sahur sama2 .....sebelum balik kami berswafoto dengan Yb Ustaz Wan Roslan Bin Wan Hamat Exco Belia Dan Sukan/NGO Negeri Kelantan .....Alhamdulillah wakil Kelab Belia Gunong dapat menyertai sama2 program Qiam With Me 2019....

#RamadhanKareem
#KelabBeliaGunong
#QiamWithMe2019

KUNJUNGAN PENGERUSI KELAB BELIA GUNONG BERTEMU YB CIKGU HAJI ABDUL AZZIZ KADIR


1 Jun 2019
Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong berkunjung secara santai ke Pejabat Khidmat Masyarakat N22 Dun Jelawat bertemu dengan Yb Cikgu Haji Abdul Azziz Kadir bagi menyuarakan pemasalahan isu air Di Kampung Gunong.
Kami berharap pihak YB dapat membantu kami di akar umbi untuk kami menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna... Terima kasih YB Cikgu Haji Abdul Azziz Kadir Adun Jelawat sudi mendengar rintihan belia demi kesejahteraan dan kemudahan kita bersama... Pihak Yb telah ajukan perkara ini kepada JJ AKSB.....Doakan yang Terbaik demi kemudahan kita bersama....
"TERIMA KASIH YB"

KUNJUNGAN PENGERUSI KELAB BELIA GUNONG BERTEMU DO BACHOK UNTUK MENYELESAIKAN ADUAN BELIA


2 Jun 2019
Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong mengadakan kunjungan santai bertemu Yang Berusaha Haji Nik Mohamed Noor Bin Nik Ishak merupakan Ketua Jajahan Bachok(Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok) bagi menyuarakan aduan oleh belia Gunong tentang isu pemasalahan Air di Kampung Gunong.
Alhamdulillah dan Terima kasih kerana sudi bantu kami di akar umbi.Beliau telah maklum terus kepada JJ AKSB bagi tindakan seterusnya.Doakan agar dipermudahkan urusan kita semua Untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna.
"TERIMA KASIH DO BACHOK"

UCAPAN RAYA 2019 OLEH PENGERUSI KELAB BELIA GUNONG


Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilham 

Syawal Bakal Menjelang Tiba, 
Pantun dikirim Sempena Hari Raya,,

Anak kucing terpijak duri,
Menjerit-jerit macam nak mati,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

Panas sungguh Gunong Berapi,
Cantik sungguh Gunong Kinabalu,
Anak Muda Ramai Berbaju Baru,
Kemaafan Dipinta harap kita buka Buku Baru.

Ketupat lemang Di pagi Syawal,
Riuh rendah gema gempita,
Asal usul kita jangan lupa,
Saya Ucapkan Selamat Hari Raya.

🎊🎉Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin🎉🎊

Design E-Kad Raya : Muhammad Azuwan Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong

Kepada anak Muda Gunong di perantauan,berhati2 memandu ingatlah orang tersayang...

Solluallaik
Ahmad Faris Bin Yusof
Pengerusi Kelab Belia Gunong
Exco MAYC Negeri Kelantan
Pengerusi Persatuan Sukan Berkuda Amatur Negeri Kelantan