Tuesday, 20 October 2020

RAYUAN SUMBANGAN MASJID MUKIM GUNONG BACHOK KELANTAN



 RAYUAN SUMBANGAN MASJID MUKIM GUNONG BACHOK KELANTAN

1. Membeli Tanah Bersebelah Masjid
(RM120 000.00)

Tujuan Pembelian Tanah :
- Untuk Menaik Taraf Masjid bagi menampung para Jemaah yang
Semakin Ramai

Slot Berinfaq :

RM25 = 1 Lot

Anda boleh masukkan terus ke Akaun Masjid Mukim Gunong Bachok Kelantan seperti berikut :-

BANK ISLAM ( 03018-01-010567-4)

Atau hubungi Pegawai Masjid Mukim Gunong :

Imam 1 : 019-8952669
Imam 2 : 013-2983505
Bilal : 011-11491040
Cikgu Halim :019-9668190

#JomBerinfaq #JomBersedekah #MasjidMukimGunongBaachokKelantan #BersedekahAmalanMulia #RayuanSumbangan


Friday, 16 October 2020

KUNJUNGAN SANTAI KE PEJABAT EXCO KERAJAAN NEGER SELANGOR(ALAM SEKITAR)


KUNJUNGAN SANTAI KE PEJABAT EXCO KERAJAAN NEGER SELANGOR(ALAM SEKITAR)
Tarikh  : 12 Oktober 2020(Isnin)
Masa : 3.30 Petang

Saudara Ahmad Faris selaku Exco Alumni Parlimen Belia Malaysia Jawatankuasa Prasarana,Pembangunan Dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok dan Pengerusi Kelab Belia Gunong mengadakan kunjugan bertemu Wakil YB Hee Loy Sian merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.Wakil YB Exco ialah Encik Ahmad Akhir Bin Pawan Chik merupakan Penasihat Dasar YB Hee Loy Sian.

Terima Kasih sudi menerima kunjungan wakil kami.

 

PERBINCANGAN SANTAI BERSAMA PRESIDEN PERSATUAN EKUESTRIAN MALAYSIA


PERBINCANGAN SANTAI BERSAMA PRESIDEN PERSATUAN EKUESTRIAN MALAYSIA
Tarikh  : 13 Oktober 2020(Selasa)
Masa  : 3.30 Petang
Tempat : Coffea Coffe The Curve

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok dan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) mengadakan perbincangan secara santai bersama Encik Syed Omar Bin Syed Abu Bakar AlMohdzar selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia.

Perbincangan tersebut berlandaskan untuk memperkasakan dan mewujudkan Kelab ahli gabungan dibawah Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).Selain itu,berbincang beberapa perkara untuk menarik minat lebih ramai lagi belia dan beliawanis Negeri Kelantan menyertai Industri Ekuin di Kelantan.
 

Saturday, 5 September 2020

UNDANGAN KE SESI MAKLUM BALAS RAKYAT BERHUBUNG DRAF PELAN TINDAKAN PERPADUAN NEGARA (PTPN)2021-2025 DAERAH BACHOK "BERFIKIR PERPADUAN BERSAMA RAKYAT"

UNDANGAN KE SESI MAKLUM BALAS RAKYAT BERHUBUNG DRAF PELAN TINDAKAN PERPADUAN NEGARA (PTPN)2021-2025 DAERAH BACHOK "BERFIKIR PERPADUAN BERSAMA RAKYAT"
Tarikh : 30 Ogos 2020
Tempat : Sudara Beach Resort
Terima Kasih Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Bachok & Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok kerana sudi menjemput kami mewakili MAYC KAWASAN BACHOK.Wakil Kami seperti berikut :
MAYC KAWASAN BACHOK :
Kelab Belia Gunong :
1. Muhamed Zaharin Azhar
Kelab Belia Pantai Irama
1.Abdul Aziz Bin Ahmad
2. Ahmad Huzaifah Bin Fauzi
Alhamdulillah kami dapat menyertai beberapa program yang telah diadakan.Anda ingin menyertai program untuk mengisi masa lapang anda? Boleh inbox kami untuk daftar ahli sebagai Ahli Persatuan Belia dibawah kami....

Program Sukan Berkuda -15 Ogos 2020 @ Trek Sprintest Pantai Kemasin Bachok.

Kami bawakan khas video Program Sukan Berkuda -15 Ogos 2020 @ Trek Sprintest Pantai Kemasin Bachok.

Jangan Lupa Subscribe,Like & Share.
Tekan Link dibawah untuk tonton :

Sunday, 19 July 2020

TABUNG WAKAF PEMBINAAN PAGAR MAAHAD TAHFIZ TARBIAH AL-MUHAJIRIN GUNONG BACHOK KELANTAN



MOHON BANTULAH SEBERAPA BANYAK YANG DAPAT UNTUK AKHIRAT JUA,SESIAPA YANG BERMINAT ATAU MAHU BERI PERTOLONGAN TERUS BERJUMPA PIHAK PENGURUSAN,SAYA SENDIRI AKAN ADAKAN PERTEMUAN,KITA TERIMA APA JUA BENTUK SUMBANGAN INI UNTUK PUSAT PENGAJIAN ISLAM,ALIRAN AGAMA ALLAH,BELAJAR UNTUK JIHAD ILMU ISLAM,SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI UNTUK SEMUA YANG MEMBANTU*

#JomBersedekah

Saturday, 4 July 2020

KUNJUNGAN SANTAI WAKIL KELAB BELIA GUNONG KE ASRAMA KASIH YAYASAN BASMI KEMISKINAN(YBK)SERENDAH


"KUNJUNGAN SANTAI WAKIL KELAB BELIA GUNONG KE ASRAMA KASIH YAYASAN BASMI KEMISKINAN(YBK)SERENDAH"
4 Julai 2020

SERENDAH -  Kelab Belia Gunong terus mengorak langkah dalam mempelbagaikan program amnya program kebajikan.Sebanyak 50 helai pakaian terpakai yang disumbang dariapada orang ramai telah disampaikan kepada Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK) Serendah.

Pengerusi Kelab Belia Gunong,Ahmad Faris berkata seramai 160 orang penghuni di Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)Serendah meliputi 70 Orang Lelaki dan 90 Orang Perempuan yang telah diberi penerangan oleh Encik Khuzaimi selaku Warden Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK)Serendah semasa beliau mengadakan kunjungan santai semalam.

Beliau berkata pihaknya mengalukan sumbangan orang ramai untuk memperkasakan lagi program kebajikan dibawah Kelab Belia Gunong.Beliau mengalukan sumbangan orang ramai dalam bentuk barangan seperti pakaian terpakai,barangan dapur,barangan asas seperti beras,telur dan lain-lain.

Selain itu,Kelab Belia Gunong juga menganjurkan Program Wakaf Beg Sekolah untuk Pelajar yang asal daripada keluarga tidak berkemampuan.Tahun 2019 sebanyak 20 beg sekolah telah disampaikan untuk fasa 1 melalui bantuan sokongan daripada Persatuan Beg Sekolah Malaysia.

Untuk makluman lanjut hubungi urusetia Kelab Belia Gunong ditalian 0199685940(Azuwan) dan 0169519790(Ain) ataupun email ke kelabbeliagunong@gmail.com

Berita Disunting oleh :  (BIRO PENERANGAN KELAB BELIA GUNONG)