Thursday, 16 May 2019

Program Singgah Sahur Jendela Ramadhan 1440H Kelab Belia Gunong di Rumah Bakti Kedai Buluh Pengkalan Chepa



























Program Singgah Sahur Jendela Ramadhan Kareem 1440H
Tarikh : 17 Mei 2019
Tempat : Rumah Bakti Kedai Buluh
Anjuran : Biro Keagamaan Dan Kerohanian Kelab
Belia Gunong
Kerjasama : Pusat Internet Gunong,Briged Negaraku,Biro Belia
Dan Sukan Pusat Internet Gunong,individu2
belakang tabir

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong mewakili rombongan kali ini menyampaikan sedikit sumbangan Hari Raya kepada 9 orang adik2 Rumah Bakti Kedai Buluh mewakili penyumbang-penyumbang yang membantu menjayakan program ini.Terima Kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang tidak putus-putus memberi sokongan penuh untuk program tahunan kami ini.Semoga anda semua terus dimurahi rezeki dan terus dipermudahkan segala urusan setiap hari.

Turun bersama dalam Program Singgah Sahur Jendela Ramadhan 1440H ialah Saudara Afif Azli Asm dan Puan Sahila selaku Exco Kelab Belia Gunong,Dr Muhammad Rashdan Bin Roslan,Zaharin AzharZaharin Azhar YDP Majlis Perwakilan Pelajar Smk Badak,beberapa orang sukarelawan Kelab Belia Gunong.Terima Kasih adik2 sudi bangun bersahur dengan pelbagai coleteh.Terima Kasih Warden dan Pengetua sudi menerima kunjungan kami.Ada rezeki dan dipanjangkan umur kita datang lagi.

"Daun Selasih Daun Celagi,Ada Masa Kita Datang Lagi"

#JendelaRamadhan1440H
#ProgramSinggahSahur2019
#KelabBeliaGunong

Wednesday, 15 May 2019

"PERKASAKAN PERSATUAN BELIA DEMI KELESTARIAN BELIA NEGARA" Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong memetik tagline yang diberikan olehnya iaitu "PERKASAKAN PERSATUAN BELIA DEMI KELESTARIAN BELIA NEGARA".





"PERKASAKAN PERSATUAN BELIA DEMI KELESTARIAN BELIA NEGARA"
Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong memetik tagline yang diberikan olehnya "PERKASAKAN PERSATUAN BELIA DEMI KELESTARIAN BELIA NEGARA".
Petikan tersebut bertujuan untuk memastikan anak2 muda tidak terabai dan tidak dipandang enteng oleh veteran belia.Golongan belia pada masa kini juga harus merebut peluang dalam persatuan belia demi mencari pengalaman dan memperbanyakkan networking dalam pelbagai bidang khususnya bidang perniagaan,pertanian,kerjaya dan lain-lain.
Saudara Ahmad Faris juga menyeru kepada belia dan beliawanis diluar sana agar tidak berputus asa dengan liku2 yang dialami.Teruskan perjuangan duniawi untuk membawa bekalan ke alam sana nanti.Jikalau tidak dapat sumbang darisegi kewangan.Sumbangkan darisegi tenaga dan idea..tetapi kelakuan jugak harus digerakkan demi memastikan perancangan tersebut direalisasikan.Jikalau perancangan tersebut tidak tercapai,tahun kemudian haruslah laksanakan dan cari jalan penyelesaian untuk mencapai hasrat tersebut.Anda bermula dengan 0 tetapi pengakhiran noktah anda akan memperoleh manisnya..
Pengakhiran kata,ayuh belia dan beliawanis sertai Kelab Belia berdekatan dengan anda untuk mengisi masa lapang anda.
Jom sertai Persatuan Belia... Jangan lupa Daftar Keahlian Kelab Belia Gunong yang mana Tinggal di Kampung Gunong... Umur 15-35 tahun
Sekitar Gunong boleh call/Whatsapp kami :-
Faris : 019-9524937
Muhammad Azuwan : 019-9685940
untuk daftar ahli Kelab Belia Gunong..jom sertai kami...
Sekian Terima Kasih.
Solluallaik
Ahmad Faris Bin Yusof
Pengerusi
Kelab Belia Gunong