Saturday 15 May 2021

SINAR AIDILFITRI 1442 KELAB BELIA GUNONG KERJASAMA J&T GUNONG



"SINAR AIDILFITRI 1442  KELAB BELIA GUNONG KERJASAMA  J&T GUNONG"

Bukit Temalong,12 Mei 2021 - Kelab Belia Gunong mengadakan ziarah Sinar Aidilfitri 1442H ini bagi mewakili hamba Allah daripada Johor untuk menyampaikan sedikit cenderahati "Barangan Asas" bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma.

Delegasi Kelab Belia Gunong diwakili oleh Saudara Muhammad Azwan selaku EXCO Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Usahawan dan Ekonomi Kelab Belia Gunong  mengiringi wakil J&T Gunong iaitu Saudari Nurul bagi menyampaikan  "BARANGAN ASAS" kepada ibu 3 orang anak yatim (Nur Fidyana Damiela Binti Mohd Fairul,Nor Damia Damiela Binti Mohd Fairul dan Nor Danisha Damiela Binti Mohd Fairul).Cik Damiela Ikhwan telah kehilangan suami tercinta tahun lepas 2020.Allahyarham Suami beliau  berasal daripada Felda Bukit Batu Kulai Johor.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh Kepimpinan Kelab Belia Gunong,J&T Gunong dan hamba Allah daripada Johor atas sumbangan ini bagi meringankan sedikit beban bagi menempuhi syawal 1442H.Beliau juga mengharapkan lebih ramai lagi hamba-hamba Allah membantu Kelab Belia Gunong untuk menyalurkan sumbangan ikhlas bagi memperkasakan lagi ziarah kebajikan untuk golongan asnaf,Oku,anak yatim dan balu.

Kelab Belia Gunong adalah salah satu platform terbaik setakat ini yang telah saya tengok untuk golongan belia dan beliawanis untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.

Damiela Ikhwan juga berkata,beliau mengucapkan terima kasih kepada wakil Kelab Belia Gunong iaitu Saudara Muhammad Azwan selaku EXCO Kelab Belia Gunong serta Cik Nurul Wakil J&T Gunong sudi turun ziarah anak beliau.Beliau juga mendoakan agar hamba Allah daripada Johor dan Kuala Lumpur terus dimurahi rezeki berlimpah ruah,dipermudahkan segala urusan,dipanjangkan umur,dilindungi Allah S.w.t dan dipercepatkan jodoh.

Selain itu,saudara Azwan selaku EXCO Kelab Belia Gunong mengalukan seluruh Warga Bachok,Warga Kelantan dan Seluruh Rakyat Malaysia sama-sama kita berkongsi rezeki walaupun RM1.

Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank Kelab Belia Gunong seperti berikut :-
03009-41-00007418-2
Bank Simpanan Nasional
(Kelab Belia Gunung)

Selepas anda sumbang mohon hantar resit ke talian 019-9685940(Azuwan).

Semoga anda semua terus dimurahi rezeki.Terima Kasih atas sokongan anda kepada kami.

#KelabBeliaGunong 
#KelabBeliaGunong #BiroUsahawanDanEkonomiKelabBeliaGunong
#Bachok #Kelantan #J&TGunong

 

 

No comments:

Post a Comment