Thursday 6 May 2021

SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA 5 ORANG SUKARELAWAN MYVAC MEWAKILI KELAB BELIA GUNONG


"SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA 5 ORANG SUKARELAWAN MYVAC MEWAKILI KELAB BELIA GUNONG"

Tangok,6 Mei 2021 - Kelab Belia Gunong menghantar 5 Orang Sukarelawannya untuk menjadi salah seorang Sukarelawan MyVac Daerah Bachok.

Sukarelawan daripada Kelab Belia Gunong iaitu diwakili oleh Saudara Hafizudin,Saudara Shakir dan 3 orang lagi sukarelawan daripada Permatang Pasir dan Telaga Ara.

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong mengucapkan selamat berkhidmat kepada sukarelawan-sukarelawan yang mewakili Kelab Belia Gunong.

Saudara Ahmad Faris berkata,ini salah satu insiatif kepimpinannya untuk mendekatkan belia bersama masyarakat.Kepimpinan beliau juga menyarankan kepada belia-belia yang berkelapangan untuk sertai Sukarelawan MyVac.

Kepada yang belum mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Myvac boleh Daftar di link seperti berikut :
http://www.myvac.com.my

Selain itu,saudara Ahmad Faris berkata,Kelab Belia Gunong mengharapkan kepada semua belia dan beliawanis di Sekitar Kampung Gunong ataupun Mukim Gunong yang belum bekerja bolehlah daftarkan diri anda sebagai Sukarelawan MyVac secara Sepenuh Masa.

Seluruh Kepimpinan Kelab Belia Gunong mengucapkan selamat berkhidmat kepada 5 Orang Sukarelawan daripada Kelab Belia Gunong yang sertai Sukarelawan MyVac.Selamat Berkhidmat Kalian Semua.Kalian Semua pelapis masa depan negara.

#LindungiDiriLindungiSemua #KitaJagaKita #KamiTakRamaiTapiKamiAda  #KelabBeliaGunong #TerusBerkhidmat 
 

No comments:

Post a Comment