Saturday 22 December 2018

JOM DERMA DAN SUMBANG BEG SEKOLAH #PROJEKBEGSEKOLAH



Berikut adalah laporan rasmi kedua dari semua focal person sehingga 21 Disember 2018.
Hanya berbaki kurang dari dua minggu sebelum sekolah dibuka dan masih banyak beg-beg yang kami perlukan untuk memenuhi permintaan anak-anak yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.
Ayuh bersama kami untuk terus memberi peluang buat mereka menggalas beg sekolah baharu sempena musim persekolahan pada tahun 2019 nanti.
Setiap senyuman tentunya membawa makna yang besar buat mereka. Sepertimana senyuman anak-anak kita yang mendapat kelengkapan baru sekolah.
Setiap beg dianggarkan pada nilai RM30. Namun anda bebas menyumbangkan apa-apa nilai kerana kami amat menghargai setiap sumbangan.
Anda boleh salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank 566010623957 di atas nama Pertubuhan Projek Beg Sekolah.
Jom, bantu kami gembirakan mereka!

No comments:

Post a Comment