Thursday, 29 April 2021

RM7,000 DIPERLUKAN UNTUK PEMBEDAHAN KPL ZUHADI


[ BULETIN KELAB BELIA GUNONG 30 APRIL 2021 ]

Bukit Temalong - Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong hari ini dapat berita bahawa KPL Zuhadi masih lagi tidak sedarkan diri.KPL Zuhadi berasal dari Bukit Temalong.

KPL Zuhadi memerlukan RM7,000 bagi menampung kos pembedahan beliau yang merangkumi memasang besi pada tangan patah,tulang pinggul dan tiub ke otak.Selain itu,KPL Zuhadi memerlukan pembedahan lubang di bahagian tengkok untuk penafasan.

Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong mengalukan kepada hamba Allah yang ingin menyalurkan sumbangan mengikut kemampuan anda boleh salurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional seperti berikut 0310929000163861(Hasniwati Binti Hashim-Isteri kepada KPL Zuhadi).KPL Zuhadi sekarang berada di HUSM Kubang Kerian Kelantan

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Hasniwati Binti Hashim merupakan Isteri kepada KPL Zuhadi ditalian 018-2893639

Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban dan sama-sama kita berdoa agar KPL Zuhadi cepat sembuh.

"Hulurkan Bantuan,Ringankan Beban Yang Memerlukan"

#BuletinKelabBeliaGunong #HulurkanBantuanRingankanBeban #KPLZuhadi #BukitTemalong

 

Monday, 12 April 2021

ZIARAH RAMADHAN MAJLIS TERTINGGI DAN BEBERAPA ORANG JAWATANKUASA KELAB BELIA GUNONG






ZIARAH RAMADHAN MAJLIS TERTINGGI DAN BEBERAPA ORANG JAWATANKUASA KELAB BELIA GUNONG

Gunong - Kepimpinan tertinggi Kelab Belia Gunong mengadakan sesi Ziarah Ramadhan agihan Kurma Ramadhan kepada beberapa orang Jawatankuasa bagi memberi penghargaan kepada mereka atas sukarelawan memperkasakan program dibawah Kelab Belia Gunong sebelum ini.

Penerima kurma Ramadhan ialah Nik Ashraf selaku Ketua Penerangan Kelab Belia Gunong,Aziehan selaku Bendahari Kelab Belia Gunong,Ekin selaku Penolong Setiausaha Kelab Belia Gunong,Ain Syuhada selaku Setiausaha Kelab Belia Gunong dan Hafizudin selaku Pengerusi Jawatankuasa E-Sport Kelab Belia Gunong.

Ziarah kali ini diwakili oleh kedua tokoh kepimpinan tertinggi Kelab Belia Gunong iaitu Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong dan Saudara Muhammad Azuwan Bin Mazelam selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua Belia Dan Beliawanis Seluruh Kawasan Gunong dan Seluruh Dunia.Semoga Ibadah Puasa tahun ini dapat bawa bekal kita ke akhirat sana.

#TerusBerkhidmat #KelabBeliaGunong #SelamatBerpuasa #KurmaRamadhan #KeluargaKelabBeliaGunong #MajlisTertinggi




 

Saturday, 3 April 2021

JOM DAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN MyVaC DI BACHOK



Sukarelawan diperlukan untuk menyokong program penvaksinan Malaysia.
Pendaftaran MyVac (Malaysian Vaccine Volunteers Support)
kini dibuka kepada orang ramai melalui laman web https://www.myvac.com.my.
MyVAC terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Orang ramai boleh mendaftar sama ada sebagai sukarelawan am ataupun sukarelawan perubatan, dan ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negara.
Mereka juga boleh memilih lokasi dan masa mengikut kelapangan masing-masing.
Maklumat tentang MyVac boleh didapati di laman web https://www.myvac.com.my.
Harap dapat dihebahkan kepada semua rakyat Malaysia.
#kitajagakita dan marilah kita Lindungi Diri, Lindungi Semua.
Jom Daftar Sebagai Sukarelawan MyVac !!!



 

Wednesday, 31 March 2021

PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN KELAB BELIA GUNONG BERSAMA HALIM YAZID PENYANYI DIKIR BARAT KELANTAN


 

PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN KELAB BELIA GUNONG BERSAMA  HALIM YAZID PENYANYI DIKIR BARAT KELANTAN

31 MAC 2021

Pekan Gunong - Kelab Belia Gunong sempat bersama Halim Yazid.Delegasi Kelab Belia Gunong diwakili oleh Saudara Afif Azli selaku Pengerusi Biro Kebajikan Kelab Belia Gunong.

Saudara Afif sempat bersama Halim Yazid untuk dapatkan  satu set Album Lagu Dikir Barat daripada Halim Yazid.

Jom support dan beli pakat boleh dengar koleksi lagu-lagu Dikir Barat  daripada Abe Halim Yazid.

Hubungi Abe Halim Yazid ditalian 019-9865151.

Dikir Barat Kelantan Mutu Kebudayaan Tarikan Kelantan.

#KelabBeliaGunong #AfifAzli #HalimYazid #DikirBaratKelantan #PekanGunong

Tuesday, 30 March 2021

PROGRAM INFAQ JELAJAH IHYA RAMADHAN MAYC KAWASAN BACHOK 1442H/2021



PROGRAM INFAQ JELAJAH IHYA RAMADHAN 
MAYC KAWASAN BACHOK 1442H/2021

INFAQ RAMADHAN MELALUI PAKEJ DISEDIAKAN

"Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa"


          "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga  diri si penderma dengan sebab sedekahnya"
(Hadis Riwayat Tabrani)


PAKEJ A
RM50
1. Beras (5Kg)
2. Kicap
3.Sardin Viral
4.Telur
5.Kurma
6.Minyak Masak
7.Facemask

PAKEJ B

RM100
1.Beras(10Kg)
2.Ayam
3.Bihun Sufi
4.Sardin Viral
5.Telur
6.Kurma
7.Minyak Masak
8.Garam
9.Gula
10.Kicap
11.Air Mineral
12.Facemask
13.Hand Sanitizer
14.Biskut

PAKEJ C

RM150
1.Beras(10kg)
2.Ayam
3.Ikan
4.Bihun Sufi
5.Sardin Viral
6.Telur
7.Kurma 
8. Minyak Masak
9. Garam
10. Gula
11.Kicap
12. Air Mineral
13.Facemask
14.Hand Sanitizer
15.Biskut Raya
16.Susu

PAKEJ TAJAAN IHYA RAMADHAN PLATINUM,GOLD,SILVER

BERBUKA/IFTAR

PLATINIUM
RM2,000

GOLD
RM1,000

SILVER
RM500

MOREH

PLATINUM
RM600

GOLD
RM400

SILVER
RM200

SAHUR

PLATINUM
RM900

GOLD 
RM600

SILVER
RM300

DUIT RAYA

PLATINUM
RM300

GOLD
RM200

SILVER
RM100


MASIH ADA SAYANG
-Sumbangan untuk ibu tunggal dan fakir miskin
-Sumbangan untuk asnaf dan anak-anak yatim
-Sumbangan kepada golongan OKU yang terjejas dan keuzuran
-Iftar/Sahur di Rumah Tahfiz Dan Rumah Anak Yatim
-Sumbangan Makanan Iftar/Sahur kepada Barisan Hadapan Negara
-Sumbangan  Makanan Untuk Gelandangan

SUMBANGAN INFAQ ANDA BOLEH SALURKAN KE AKAUN PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA(M.A.Y.C) KAWASAN BACHOK KELANTAN

0300941100035239(Bank Simpanan Nasional)

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Urusetia Program :

URUSETIA LEMBAH KLANG/SELANGOR
Faris     :  http://www.wasap.my/60199524937/UrusetiaIhyaRamadhanAnakPerantauMAYCKawasanBachok

URUSETIA BACHOK/KELANTAN
Afif  :   http://www.wasap.my/60133437086/UrusetiaiIhyaRamadhanBiroKebajikanMAYCKawasanBachok

URUSETIA KELAB BELIA GUNONG
Azuwan    : http://www.wasap.my/60199685940/UrusetiaIhyaRamadhanKelabBeliaGunong

URUSETIA KELAB BELIA WAKAF ZIN
Hajar   : http://www.wasap.my/60126512049/UrusetiaIhyaRamadhanKelabBeliaWakafZin

URUSETIA KELAB BELIA KG KUIN PASIR
Wan Arishah :  http://www.wasap.my/601111453157/UrusetiaIhyaRamadhanKelabBeliaKgKuinPasir

"JOM DERMA DAN JOM BERINFAQ PROGRAM IHYA RAMADHAN MAYC KAWASAN BACHOK"

#JomMenderma #JomBerinfaq #MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCare #IhyaRamadhan #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #Belia #Beliawanis #Sahur #Moreh #Iftar #BerbukaPuasa #JomSumbangWalaupunRM10 #LembahKlang #Kelantan #KualaLumpur #Selangor #JomDermaIhyaRamadhan #Bachok #WakafZin #Gunong #KuinPasir #Jelawat

Sunday, 28 March 2021

KBG HADIR KE MAJLIS PERKAHWINAN PUAN HAJAR PENGERUSI KELAB BELIA WAKAF ZIN








"KBG HADIR KE MAJLIS PERKAHWINAN PUAN HAJAR PENGERUSI KELAB BELIA WAKAF ZIN"

27 Mac 2021 Tawang - Kelab Belia Gunong memenuhi jemputan daripada Kelab Belia Wakaf Zin bagi menghadiri Majlis Perkahwinan Puan Hajar selaku Pengerusi Kelab Belia Wakaf Zin dengan pasangannya Encik Baihaki.

Delegasi Kelab Belia Gunong diwakili oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,Saudari Nur Ain Syuhada selaku Setiausaha Kelab Belia Gunong,Saudara Afif Azli Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan,Kerohanian Dan Keagamaan Kelab Belia Gunong dan Saudari Wan Nur Syuhada selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tanah,Kewangan dan Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok.

Kami daripada Jawatankuasa Kelab Belia Gunong mengucapkan Selamat Pengantin Baru Puan Hajar selaku Pengerusi Kelab Belia Wakaf Zin dengan pasangannya Encik Baihaki.Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan dapat zuriat bagi pelapis masa depan negara.

"SELAMAT PENGANTIN BARU PUAN HAJAR PENGERUSI KELAB BELIA WAKAF ZIN DAN PASANGANNYA ENCIK BAIHAKI"

#KeluargaBelia #KelabBeliaGunong #BeliaGunong #BeliawanisGunong #MyMAYC #MAYCKawasanBachok #KelabBeliaWakafZin #BeliaWakafZin #BeliawanisWakafZin #SelamatPengantinBaru #KenduriKahwin #TeamBelia #UkhwahBelia #UkhwahBeliawanis


 

Tuesday, 5 January 2021

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MOBILE LEGEND SIRI 1 MAYC KAWASAN BACHOK BAGI TAHUN 2021










Berikut adalah senarai pemenang untuk Pertandingan Mobile Legend Siri 1 :

2 Januari 2021(Sabtu)

JOHAN
Nama Pasukan : New xoxo

NAIB JOHAN
Nama Pasukan : We own world 

KETIGA 
Nama Pasukan : virus gaming

KEEMPAT 
Nama Pasukan : sk revolution 

KELIMA 
Nama Pasukan : ex vampire gaming

KEENAM
kruk ii gaming

KETUJUH
Nama Pasukan Onichan

TAHNIAH PASUKAN NEW XOXO !!!

#MyMAYC
#MAYCKawasanBachok
#KelabBeliGunong
#KelabBeliaKgKuinPasirJelawat
#PusatInternetPekanJelawat